Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Penjawat Awam & Pesara

BANTUAN KHAS AIDILFITRI PENJAWAT AWAM & PESARA AKAN DIBAYAR PADA APRIL 2023

Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh para penjawat awam dan juga pesara kerajaan!

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 24 Februari lalu, sukacitanya pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa jenis bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat termasuklah Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam.

Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan 87 kontrak pada April depan. Bantuan ini meningkat berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM500 sahaja.

Selain itu, pihak kerajaan juga turut memperuntukkan Bantuan Aidilfitiri ini untuk pesara kerajaan. Setiap pesara kerajaan akan menerima RM350 pada tahun ini, berbanding tahun lalu hanya RM250.

Bantuan ini adalah sebagai rangka untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga: Tarikh Bayaran Pencen 2022 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima bantuan sebanyak: RM700

Manakala, pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak: RM350

Bantuan Khas Aidilfitri
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 kepada penjawat awam dan pesara yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan pada 17 April 2023.

Tarikh Bayaran

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan dibuat pada 17 April 2023 ini.

Bantuan khas ini dipercayai akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini adalah sebagai salah satu langkah keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Pemberian bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, ia dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk ucapan Belanjawan 2023 disini: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/ucapan/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: