MyPSV : Cara Memohon Lesen PSV Percuma Untuk B40
MyPSV 2023 : Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan telah menawarkan sebanyak 4,000 lesen PSV secara PERCUMA kepada golongan B40. Khabar gembira ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Berikut dikongsikan lebih lanjut info mengenai MyPSV 2023.
Pengenalan MyPSV 2023
Program MyPSV adalah merupakan sebuah inisiatif pihak kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memperkasakan kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg).
Secara tidak langsung, ia juga dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan.
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (E-hailing/Teksi) dan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (Bas BTM >7,500).
Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja:
- PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
- PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta
BACA JUGA: MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) – Bantuan Baucer Barangan Dapur B40
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan untuk program ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan diberikan kepada kumpulan B40
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas
- Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
- Bebas senarai hitam, Mahkamah, JPJ dan PDRM
- Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D/DA – untuk permohonan PSV E-Hailing/Teksi
- Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D (sekurang-kurangnya satu (1) tahun) atau CDL kelas E – untuk permohonan PSV Bas (BTM >7,500 kg)
Cara Memohon Lesen MyPSV Percuma
Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8O6D2PV-IZWMEhD5EBrWyaWN4wMCpjZNg9M-uWiIxBA7Q4Q/viewform
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Lesen Memandu Malaysia
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
NOTA:
- Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan.
- Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel.
- Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal.
- Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal.
FAQ – Soalan Lazim MyPSV 2023
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/hubungi:
- Laman web: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mypsv.html
- Emel: [email protected]
- Telefon: 03-8892 8714/03-8892 8693