Moratorium PTPTN PKP 3.0: Permohonan Penangguhan Bayaran Balik
MORATORIUM PTPTN PKP 3.0: PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN SELAMA TIGA BULAN
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang layak selama tiga bulan.
Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan moratorium PTPTN PKP 3.0 melalui Portal Rasmi PTPTN mulai 10 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut dan cara membuat permohonan moratorium PTPTN PKP 3.0 (penangguhan bayaran balik).
Apakah Moratorium PTPTN PKP 3.0?
Kerajaan sebelum ini telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN dan penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam PTPTN yang terkesan selama tiga (3) bulan di antara Januari 2021 hingga Mei 2021.
Bagi moratorium PKP 3.0 ini pula, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN secara bersasar akan diberikan kepada peminjam yang layak dalam tempoh (PKP 3.0) selama 3 bulan bermula Jun hingga Oktober 2021.
Syarat Kelayakan
Peminjam PTPTN yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
- Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PKP 3.0 bermula dari bulan permohonan diluluskan.
Cara Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN PKP 3.0
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/
- Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
- PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima
NOTA: Tiada sebarang dokumen diperlukan.
Baca juga: Senarai Bantuan Yang Diumumkan Dalam Pakej Kita Selangor 2.0
Tempoh Permohonan
Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.
Tempoh Penangguhan
Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan diberikan iaitu bulan yang sama dengan bulan permohonan dibuat.
Kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji, bulan penangguhan akan bermula
pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan kerana arahan potongan gaji telah dihantar kepada majikan lebih awal.
Arahan pembatalan potongan gaji dalam tempoh penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, tiada kelulusan baharu akan dikeluarkan kepada peminjam.
Baca juga: SPPMTD: Permohonan Tentera Darat 2021 Dibuka Dari 10-30 Jun
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.
Maklumat lanjut : https://www.ptptn.gov.my/makluman-bayaran-balik-side/penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-pkp-3-0
Rujuk Soalan Lazim : Soalan Lazim Penangguhan PTPTN PKP3.0
Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri
(self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN
(https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0).
Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
i. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan
dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
ii. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam
tempoh pandemik COVID-19.
Permohonan penangguhan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
penangguhan?
Tiada sebarang dokumen diperlukan.
PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini
semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan
peminjam diterima.
Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan
dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.
Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penangguhan bayaran balik ini
sepertimana penangguhan sedia ada.
pasangan peminjam yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dalam
tempoh (PKP 3.0), adakah peminjam layak memohon penangguhan bayaran
balik?
Tidak layak. Penangguhan hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi
situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan
semula pinjaman.
Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:
i. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
ii. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
iii. Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai PTPTN
akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.