GKP Tambahan: 15 Mac Tarikh Akhir Kemaskini Penerima GKP 1.0 & 2.0
15 MAC TARIKH AKHIR KEMASKINI GKP TAMBAHAN (GKP PERMAI)
Untuk makluman penerima GKP 1.0 dan 2.0, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 15 Februari ini.
Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.
Hal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di Facebook bertarikh 15 Februari 2021.
Kemaskini Maklumat Penerima GKP 1.0 Dan 2.0 Mulai 15 Februari – 15 Mac 2021
Sekiranya status pembayaran GKP 1.0 dan 2.0 adalah Gagal Kredit, sila kemas kini maklumat akaun bank di Menu Kemas Kini Akaun Bank pada Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) mulai 15/02/2021 hingga 15/03/2021.
Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun.
Baca juga: GKP PERMAI: Semakan & Tarikh Bayaran GKP Tambahan RM1,000
Tarikh Bayaran GKP Tambahan 2021
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.
Tarikh pembayaran GKP Tambahan dijangka dibuat mulai Mac 2021 dan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu
dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.
Jumlah Bantuan GKP Tambahan / GKP PERMAI
Amaun bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
Baca juga: Pendaftaran BPR Dilanjut Ke 25 Februari, Bayaran Fasa 1 Hujung Februari
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang permohonan dan semakan GKP PERMAI, sila rujuk laman web Geran Khas Prihatin LHDN atau baca Soalan Lazim di https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM atau ajukan pertanyaan anda melalui medium berikut:
- Hasil Care Line (HCL) : 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
- Melalui HASiL Live Chat: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
- Facebook Rasmi LHDNM – https://www.facebook.com/LHDNM,
- Twitter rasmi LHDNM https://twitter.com/LHDNMofficial