Cara Mohon Rumah Mampu Biaya Johor – Serendah RM42,000 (Teres 2 Tingkat)

Makluman untuk warga Johor atau mereka yang menetap di Johor, anda boleh memohon 3 projek terkini Rumah Mampu Biaya Johor yang terkini di laman web Portal Hartanah eRumah Johor yang sedang dibuka secara online.

Berikut adalah syarat kelayakan, cara permohonan serta senarai projek yang terkini dengan tawaran harga serendah RM42,000 bagi sebuah rumah teres 2 tingkat.

Apakah Rumah Mampu Biaya Johor?

Bagi meningkatkan kebolehupayaan pemilikan rumah untuk setiap warga Johor, kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan skim Rumah Mampu Biaya Johor buat rakyat negerinya serta individu yang telah menetap melebihi 5 tahun di negeri tersebut.

Projek perumahan ini terbuka kepada golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana dan mestilah memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi eRumah Johor:

https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/index.htm

Syarat Kelayakan

Setiap pemohon yang ingin memiliki Rumah Mampu Biaya Johor perlu memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Johor iaitu seperti berikut : 

  • Merupakan warganegara Malaysia dan telah menetap selama 5 tahun di negeri Johor
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berstatus samada bujang atau telah berkahwin adalah layak memohon
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki RKR melebihi 5 tahun adalah layak untuk memohon rumah kedua
  • Setiap pasangan suami atau isteri hanya boleh membuat SATU (1) permohonan sahaja
  • Bagi pemohon atau pasangan yang telah pun memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B tetap boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
  • Hanya satu (1) pemilikan sahaja dibenarkan bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak LAYAK memohon
  • Tempoh sah laku pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran  

Baca juga: Smart Sewa Selangor: Sewaan Serendah RM600, Jadi Deposit Beli Rumah

Projek Terkini Rumah Mampu Biaya Johor (Permohonan Mulai Disember 2020 – Februari 2021)

Berikut adalah projek terkini Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon dari sekarang hingga 4 Februari 2020.

rumah mampu biaya johor

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan Rumah Mampu Biaya Johor, sila rujuk langkah berikut:

  • Sila layari laman web http://erumah.johor.gov.my/
  • Daftarkan Akaun Baru pengguna jika anda pengguna kali pertama.
  • Isikan maklumat dan buat pengesahan.
  • Login semula dan pilih jenis rumah berdasarkan kelayakan.
  • Isikan borang permohonan.
  • Selepas membuat permohonan pastikan pemohon membuat serahan dokumen ke kaunter di pejabat SUKJ di alamat berikut:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR BAHAGIAN PERUMAHAN,
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK,
KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI

Baca juga: Cara ‘Claim’ KFC Birthday Voucher Untuk Yang Lahir Bulan Disember

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Rumah Mampu Biaya Johor ini boleh diajukan kepada pihak urusetia di alamat berikut :

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR BAHAGIAN PERUMAHAN,
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK,
KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI

Atau menghubungi talian telefon di 07-2666260 / 07-2666261 atau emelkan sebarang persoalan kepada [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: