in

Smart Sewa Selangor: Sewaan Serendah RM600, Jadi Deposit Beli Rumah

skim smart sewa selangor
ADVERTISEMENT

Kini anda boleh SEWA & SIMPAN dengan Skim Smart Sewa Selangor!

Bukan saja anda dapat menyewa rumah dengan harga yang murah, malah sebahagian daripada jumlah sewa tersebut akan disimpan untuk dijadikan deposit pemilikan rumah di bawah Rumah Selangorku.

Menarik kan?

Jom ketahui lebih lanjut tentang Skim Smart Sewa Selangor, khas untuk mereka yang menetap di Selangor ini.

Apakah Skim Smart Sewa Selangor?

Kerajaan Negeri Selangor komited membantu golongan berpendapatan rendah menyewa sambil menyimpan dalam Skim Smart Sewa dengan menggunakan 30% jumlah keseluruhan sewaan bersih yang dibayar untuk deposit Rumah SelangorKu.

Skim ini memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana rendah yang tidak berupaya membuat pembelian Rumah Selangorku ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan dan berkemampuan serta akhirnya mereka dapat membeli kediaman mereka sendiri di Negeri Selangor.

skim smart sewa selangor

Syarat Kelayakan

Syarat – syarat kelayakan permohonan Skim Smart Sewa Selangor adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman 110% Tanpa Deposit

Harga, Lokasi &Tempoh Penyewaan

Harga / kadar sewa rumah di bawah Skim Smart Sewa Selangor adalah sangat berpatutan, bermula dari RM600, RM650, RM700 dan RM750.

Pilihan ditangan anda, nak simpanan banyak pilihlah yang kadar sewa tinggi kerana hartanah tersebut akan menjadi milik anda kelak.*

(*Tertakluk terma dan syarat)

Tempoh Sewaan pula adalah seperti berikut:

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Lokasi rumah yang sedang dibuka di bawah Skim Smart Sewa Selangor (Kemaskini Disember 2020) adalah dalam senarai di bawah:

  • Pangsapuri De Bayu 2, Setia Alam, Shah Alam  (DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  • Pangsapuri Alpinia, Dengkil, Sepang (50 Unit, Kadar sewa RM800 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  • Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih (13 Unit sahaja, Kadar sewa RM650 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  • Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kadar Sewa RM650  – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong (Kadar Sewa RM700-RM800- KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang, Selangor (Kadar Sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (Kadar Sewa RM700 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang (Kadar sewa RM800 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kadar sewa RM550-650 –  KEMASUKAN SEGERA)

*Rujuk gambar lokasi & update terkini di SINI.

ADVERTISEMENT
skim smart sewa selangor

Cara Permohonan Skim Smart Sewa Selangor

2 cara permohonan Skim Smart Sewa Selangor, iaitu secara online dan manual.

i) Permohonan Online

ii) Permohonan Manual

  • Ambil borang permohonan di pejabat PHSSB.
  • Lengkapkan borang dan sertakan dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah.
  • Hantarkan ke pejabat PHSSB.

Alamat Pejabat PHSSB

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
  3. Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
  4. Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
  5. Penyata Gaji 3 bulan terkini
  6. Salinan KWSP
  7. Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  8. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  9. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  10. Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  11. Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  12. Salinan Daftar Undi

Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Baca juga: Cara Dapatkan Penyata Maybank Secara Online (e-Statement) & Di ATM

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut berkaitan skim Smart Sewa Selangor ini, boleh rujuk pautan di bawah .http://phssb.com/skim-smart-sewa/

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Pejabat : 0355240233
Cik Rosha : 0179777204
Pn Fatehah: 0179387537
Pn Ros : 0174163990
En Fawie : 01113020487
En Afizie : 0194406828

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

isinar kwsp akaun 1

i-Sinar Kategori 1: Kelulusan Automatik Untuk Sebahagian Besar 8 Juta Pemohon

kelulusan automatik i-sinar

Kelulusan Automatik i-Sinar: 20 Contoh Penerima Kategori 1 Yang Layak Tanpa Dokumen Sokongan