in

Panduan Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

kemaskini bkm
ADVERTISEMENT

Kerajaan komited membantu rakyat menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menyediakan peluang permohonan baharu dan kemaskini data pada Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, usaha itu bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan mempunyai peluang untuk memohon.

Bayaran BKM 4 Kali Setahun

Menurutnya, pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran yang pertama dijangka pada bulan Mac 2022.

Rujuk syarat kelayakan dan jumlah bayaran bantuan mengikut kategori yang akan diterima dalam infografik di bawah:

Infografik: BERNAMA

Tujuan Kemaskini BKM

Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:

ADVERTISEMENT
  • i. Nombor Telefon Rumah
  • ii. Nombor Telefon Bimbit
  • iii. Alamat e-Mel
  • iv. Nama dan Nombor Akaun Bank*
  • v. Maklumat Wakil

*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja

Tarikh Kemaskini Maklumat BKM

LHDN telah mengumumkan tarikh untuk para penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM membuat kemaskini bagi fasa 2.

Tarikh kemaskini ini dibuka mulai 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022. Selain itu, kemaskini bagi fasa seterunsya adalah pada 8 Julai 2022 sehingga 30 Julai 2022.

Kemaskini maklumat ini adalah bagi penerima yang mempunyai status lulus dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Sila rujuk Soalan Lazim untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Panduan Permohonan Baharu & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Permohonan dan kemaskini maklumat boleh dibuat melalui laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan berikut:

https://bkm.hasil.gov.my/

kemaskini bkm

Baca juga: Semakan Bayaran BKM Fasa 1 (Bantuan Keluarga Malaysia 2022)

Cara Memohon / Kemaskini BKM 2022

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Rujuk langkah bergambar di bawah:

permohonan bkm

1. Klik Permohonan Baharu atau Log Masuk (Kemaskini)

2. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan

permohonan bkm

3. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *

4. Klik Teruskan

5. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha

6. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan

permohonan bkm

7. Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan

8. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Cara Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) Melalui Handphone

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Permohonan Baharu atau Log Masuk (Kemaskini)
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
  8. Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Rujuk langkah bergambar di bawah:

bantuan keluarga malaysia bkm
bantuan keluarga malaysia bkm
bantuan keluarga malaysia bkm
bantuan keluarga malaysia bkm
bantuan keluarga malaysia bkm

Kemaskini Secara Manual

Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat secara manual iaitu:

Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BKM 2022 atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK DOWNLOAD BORANG KEMASKINI MAKLUMAT BKM:

https://bkm.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02%20(Borang%20Kemas%20Kini%20Maklumat%20Permohonan%20BKM).pdf

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

Log Masuk BKM

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Semak Status Permohonan Diterima

Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak semula status permohonan anda.

Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status permohonan.

Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti dalam gambar di bawah.

Maklumat Lanjut

Borang

FAQ

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

harga kawalan minyak masak

Subsidi Minyak Masak Tulen Dalam Botol Dimansuhkan Mulai 1 Julai

forest in the city putrajaya

‘Forest In The City’ Putrajaya, Hutan Pine Yang Cantik Untuk OOTD!