Permohonan Pakej Peranti & Pakej Remaja Keluarga Malaysia – KKMM
Dengan peningkatan mendadak penggunaan Internet untuk pelbagai urusan seperti aktiviti pembelajaran & e-dagang, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi bersetuju memperkenalkan dua pakej baru buat #KeluargaMalaysia.
Pakej ini diperkenalkan bagi memastikan setiap orang mempunyai akses internet pada kos yang berpatutan.
Adalah diharapkan agar lebih ramai yg mendapat manfaat daripada pakej ini, utk melengkapkan pengalaman Internet mereka.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua pakej ini untuk makluman bersama.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Pakej Remaja Keluarga Malaysia iaitu pakej prabayar yang bakal memberi manfaat kepada golongan para pelajar universiti untuk mereka menjalankan aktiviti pelajaran atau produktiviti. Pakej yang diumumkan ini bakal bermula 15 Oktober 2021 nanti.
Pakej ini memudahkan pelanggan remaja & pelajar, yang kini tidak perlu lagi menambah nilai setiap bulan.
Dengan ini, pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data.
Pakej ini menawarkan 90GB data percuma untuk 3 bulan bagi aktiviti produktiviti, serta internet asas tanpa had.
Pakej Peranti Keluarga Malaysia
Kerajaan juga sedar keperluan memiliki alat peranti pintar agar kita tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Oleh itu, pakej kedua, iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat Malaysia miliki atau naik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
Pakej ini menawarkan langganan RM60 sebulan melalui kontrak 12-24 bulan tertakluk jenis peranti.
Data percuma sebanyak 30GB sebulan untuk aktiviti produktiviti turut diberikan.
Baca juga: Tak Payah Ke Kaunter, Ini Cara Simpan Duit Anak Ke Tabung Haji Tanpa Caj!
Tempoh Pendaftaran
Tempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022 selama enam bulan.
Baca juga: Tips Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang
Cara Mendaftar
Cara permohonan untuk mendaftar bagi kedua-dua pakej ini akan dimaklumkan oleh pihak KKMM dalam masa terdekat.
Sebarang pemakluman terkini juga akan dikemaskini oleh pihak kami melalui artikel ini.
Kedua-dua pakej ini diharapkan dapat menambah baik kesalinghubungan dengan harga mampu milik dan tahap penyampaian yang lebih berkualiti.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini tentang pakej ini, sila follow