in

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Selangor Separuh Bulan Gaji, RM1000

ADVERTISEMENT

BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2021 KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN YAB. DATO’ SRI AMIRUDIN SHARI DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Untuk menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam negeri, Kerajaan Negeri telah bersetuju Cadangan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021 sebanyak ½ bulan gaji, minimum RM1,000.00 kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri termasuk YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tuan Speaker, YB Timbalan Speaker, YB Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM22,675,613.52 yang akan dibayar pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H).

Kerajaan Negeri juga bersetuju agar jumlah pembayaran BKK dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat (Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000.00 dan Penggerak Belia Selangor (PeBs) sebanyak RM500.00 yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Manakala Setiausaha MPKK dan petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) pula akan menerima sebanyak RM500.00 yang akan disumbangkan melalui CSR Anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Raya Dengan Perabot Baru Di Lazada. Macam-macam Ada!

irakyat daftar

iRakyat: Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (2021)