in

BKSS 7.0: Permohonan & Semakan Bantuan Peniaga RM10,000 One-off

bkss 7.0
ADVERTISEMENT

Kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan dalam tempoh peralihan Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, BKSS 7.0 merangkumi tiga langkah baharu.

Menurut beliau, antara langkah yang bakal dilaksanakan kelak adalah, Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO, pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19 dan pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

Terkini, DayakDaily melaporkan bahawa pendaftaran BKSS 7.0 RM5,000 (Fasa1) akan dibuat bermula 7 Oktober 2021.

ADVERTISEMENT
bkss 7.0

“Langkah-langkah ini diharap akan membantu kelangsungan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Sarawak yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya menggerakkan ekonomi kita,” katanya semasa majlis pelancaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0.

Berikut dikongsikan serba sedikit info terkini tentang bantuan BKSS 7.0 yang telah diumumkan untuk makluman bersama.

Baca juga: BKSS 6.0: Semakan Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang

Apakah BKSS 7.0 ?

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 adalah untuk memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan.

Bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM10,000 untuk perniagaan aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Disember 2020.

Bantuan khas kewangan ini akan dibayar dalam dua peringkat, RM5,000 pada bulan September 2021 dan baki RM5,000 akan dibayar pada bulan Disember 2021.

Selain itu, 3 fokus utama bantuan BKSS 7.0 adalah:

  1. Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO / PERKESO
  2. Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19
  3. Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

Permohonan BKSS 7.0 Peniaga / Penjaja

Permohonan adalah tidak diperlukan.

Ianya akan diberi kepada syarikat-syarikat di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana yang aktif menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan dan berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020.

Syarat Kelayakan

Antara syarat yang ditetapkan untuk PKS adalah perniagaan mestilah aktif yang berdaftar dengan SOCSO setakat 31 Disember.

PKS merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Sarawak.

Walau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk entiti awam yang berada di papan utama dan subsidiari seperti berikut:
(i) Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
(ii) Syarikat multinasional (MNCs);
(iii) Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),
(iv) Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
(v) Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

Semakan Kelayakan

Pihak Kerajaan Sarawak akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat kepada alamat berdaftar atau emel rasmi PKS yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.

Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat penerima.

Berikut adalah surat yang akan diterima sekiranya PKS anda layak untuk menerima bantuan ini.

bkss 7.0
bkss 7.0

Baca juga: BKSS 6.0 Peniaga (RM1500): Semakan Kelulusan & Bayaran Fasa 1 / 2

Cara Pendaftaran

Untuk mendaftar, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://sarawak.gov.my/ bermula 7 Oktober 2021.

Sila muatnaik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam surat yang diterima di atas.

Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir melengkapkan dokumen melalui Portal https://sarawak.gov.my/ adalah pada 22 Oktober 2021.

Tarikh Bayaran BKSS 7.0

Bayaran bantuan RM10,000 untuk peniaga / perusahaan kecil / penjaja ini akan disalurkan dalam dua peringkat; iaitu:

  • Fasa 1: Bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Oktober 2021
  • Fasa 2: Baki bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Disember 2021

Bantuan khas kewangan one-off akan didepositkan terus ke akaun rasmi bank syarikat berdaftar dengan PERKESO.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak bagi inisiatif ini di pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sop nikah selangor

SOP Akad Nikah & Majlis Perkahwinan / Kenduri Terkini (Fasa 4)

Lebih 50 kakitangan Positif Covid-19, Hotel Di Langkawi Diarah Tutup