in

Kenaikan Bantuan JKM RM1000 Sebulan Akan Dilaksana Segera – PM

bantuan jkm rm1000
ADVERTISEMENT

Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi jaminan bahawa bantuan JKM RM1000 yang diusulkan tempoh hari akan dilaksanakan segera.

Beliau berkata demikian dalam sebuah hantaran di Facebook sempena sambutan Hari OKU Sedunia 2020 pada 4 Disember 2020. 

ADVERTISEMENT

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah kerajaan prihatin, golongan itu akan sentiasa diberi perhatian dan memastikan tiada seorang pun OKU tercicir menerima bantuan.

Baca juga: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

bantuan jkm rm1000

Jaminan Bantuan JKM RM1000 Akan Dilaksana Segera

Kerajaan juga memberi jaminan golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini mendapat hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat lain.

Untuk itu, Perdana Menteri akan memastikan sendiri cadangan kenaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1000 yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 dapat dilaksanakan segera mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa.  

Menurut beliau, golongan berkenaan yang termasuk dalam kumpulan masyarakat pastinya mendapat faedah dari kenaikan tersebut.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/3573910046020862

“Saya sendiri beberapa kali turun menemui golongan ini ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak serta PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini. 

“Rentetan itu, kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan OKU dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 ke RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 ke RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 ke RM500,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Baca juga: i-Sinar KWSP: 2 Kategori Yang Layak, Cara Permohonan & Tarikh Bayaran

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/posts/4267398326608649

Kempen Mendaftarkan OKU Perlu Dipergiat

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kempen mendaftarkan OKU perlu dipergiatkan yang pada masa ini berjumlah 581,265 orang mengikut rekod JKM. 

Kata beliau, hal ini penting bagi menjamin golongan itu tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik Covid-19.

 “Saya doakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara,” katanya.

*Sumber:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

penyata bank maybank e statement

Cara Dapatkan Penyata Maybank Online (e-Statement) & Print Sendiri

caruman kwsp 2021 baharu

Cara Isi Borang 17A (Khas 2021): Kekalkan Caruman KWSP 11% Dari 9%