i-Sinar KWSP: 2 Kategori Yang Layak, Cara Permohonan & Tarikh Bayaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak bagi permohonan i-Sinar dalam kenyataan terkini pada Rabu, 2 Disember.

Berikut adalah 2 Kategori i-Sinar dan butiran lanjut tentang cara permohonannya, tarikh mula memohon dan menerima bayaran.

permohonan i-sinar

Permohonan i-Sinar KATEGORI 1

Siapa Kategori 1 yang boleh memohon i-Sinar?

Kategori 1 melibatkan mereka yang tergolong dalam kumpulan berikut:

  • bekerja di sektor formal,
  • yang bekerja sendiri,
  • yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig,
  • sudah lama tidak mencarum,
  • hilang pekerjaan,
  • suri rumah
  • yang diberi notis cuti tanpa gaji

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020

Tarikh & Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020
  • Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
permohonan i-sinar kategori 1 2

Baca juga: Rayuan GKP 2.0 Dibuka Dari 7-21 Disember 2020

Permohonan i-Sinar KATEGORI 2

Siapa Kategori 2 yang boleh memohon i-Sinar?

Kategori 2 pula melibatkan mereka yang tergolong dalam kumpulan berikut:

  • Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Tarikh & Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2

  • Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
    • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
    • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
  • Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
permohonan i-sinar kategori 1 2

Baca juga: Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2 (Dibuka Mulai 11 Januari 2021)

Tarikh Semakan Status Kelulusan & Bayaran

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan i-sinar KWSP ini akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Baki Akaun 1 & Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

amaun kelayakan pengeluaran 10k
  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    • Masih aktif
    • Milik anda
    • Bukan akaun bersama

Nota:

  • Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  • KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: