LPPSA: Daftar, Login, Semakan Jadual Kelayakan & Syarat Pinjaman
Jika anda adalah seorang penjawat awam atau bekerja di sektor kerajaan, anda boleh membuat permohonan untuk pembiayaan perumahan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Jumlah pembiayaan bagi hartanah yang anda ingin beli adalah sehingga 100% daripada nilai pasaran hartanah yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tetapi ia TERTAKLUK kepada kelayakan pinjaman berdasarkan tangga gaji anda (yang mana lebih rendah).
Sebagai contoh, sekiranya mengikut jadual tangga gaji anda, anda layak memohon pembiayaan perumahan sehingga RM200,000 tetapi nilai pasaran hartanah tersebut yang telah ditaksirkan oleh JPPH adalah RM180,000, maka jumlah maksima pembiayaan yang boleh anda perolehi daripada LPPSA terhad setakat RM180,000 sahaja.
Nak tahu lebih lanjut tentang kelayakan pembiayaan dan cara apply LPPSA, sila rujuk info di bawah.
3 CARA SEMAK KELAYAKAN PEMBIAYAAN LPPSA
1. Pengiraan DSR 60%
- Contoh gaji bersih = RM 3800 X 60% = RM 2280 ( Bayaran bulanan yang dibenarkan )
- Anggaran harga rumah yang layak = RM 2280X 200 = RM 456,000
2. Rujuk Jadual Kelayakan Pembiayaan LPPSA
- IKUT JADUAL SEPERTI DILAMPIRKAN ATAU DI LAMAN WEBSITE LPPSA. (Contoh: RM 1700 – kelayakan maksimum RM 200,000)
- RM 2300 = Kelayakan maksimum RM 270,000 dan seterusnya seperti jadual
JADUAL KELAYAKAN PEMBIAYAAN LPPSA
3. Kalkulator Pembiayaan
- LPPSA telah memperkenalkan kalkulator pengiraan kelayakan pembiayaan perumahan sektor awam bagi membantu pihak-pihak berkaitan.
- Kaedah ini anda boleh masukkan sendiri segala jenis elaun dan pemotongan. Anggaran harga SPA boleh dimasukkan sekali untuk melihat sama ada kita layak atau tidak.
- Anda perlu mendaftar sebagai pengguna Portal LPPSA untuk menggunakan kalkulator ini. (Sila rujuk panduan pendaftaran / log masuk di bawah.)
- Klik di SINI untuk mencuba KALKULATOR LPPSA
NOTA:
*Gaji Kasar adalah jumlah keseluruhan pendapatan bulanan pemohon tidak termasuk bayaran yang diterima secara bertempoh. (Contoh: tunggakan gaji, bayaran elaun tanggung kerja,elaun lebih masa, bantuan khas kewangan dan sebagainya)
- Anggaran Bayaran Balik (ABB) ini tertakluk kepada 60% (Pembiayaan Pertama) atau 50% (Pembiayaan Kedua) daripada Pendapatan Bersih (PB) dan bergantung kepada keseluruhan Potongan Lain (PL) yang dinyatakan dalam slip gaji termasuk ABB pembiayaan perumahan yang tidak melebihi 80% daripada Pendapatan Bersih (PB)
- PENDAPATAN DIAMBIL KIRA:
Gaji Pokok beserta
1) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
2) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah(EPW)
3) Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Khas (ITJU)
4) Bantuan Sara Hidup
5) Elaun Memangku
POTONGAN WAJIB:
1) KWSP
2) PERKESO/ SOCSO
3) Cukai/ Income Tax
4) Arahan Makhamah
5) Pulangan Gaji
6) Bayaran Pinjaman Perumahan Perseketuan/ Kerajaan Negeri/Badan Berkanun.
Potongan Lain (PL) yang tidak diambil kira oleh Lembaga:
1) Potongan Zakat
2) Potongan Khas ATM
3) Potongan bersifat tabungan/ simpanan ASB / Lembaga Tabung Haji
Baca juga: Cara Kira Pencen Bulanan Yang Akan Diterima Mengikut Gaji Akhir
Pendaftaran / Log Masuk Pengguna Portal LPPSA
- Pengguna kali pertama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA dikehendaki mendaftarkan ID Pengguna.
- Sila pastikan untuk menggunakan pelayar web Google Chrome versi terkini untuk memasuki sistem Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.
- Klik pada butang ‘Daftar di sini’.
- Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
- Sila isikan Maklumat Pendaftaran ID Baru.
- Tandakan kotak Terma & Syarat dan seterusnya klik pada butang Daftar untuk langkah seterusnya.
- Selepas mengisi butiran penting, pengguna perlu mengesahkan akaun yang baru dibuat menggunakan e-mel dan SMS. E-mel akan dihantar ke e-mel peribadi yang dimasukkan semasa pendaftaran.
- Sila klik pada pautan pengesahan dalam e-mel untuk melengkapkan pengesahan.
- Selepas membuat pengesahan email, pengguna akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan OTP untuk meneruskan pengesahan OTP.
- SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan. Masukkan 6 digit pin yang diterima melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butang Teruskan.
- Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran.
- Bagi pinjaman Bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan.
Rujuk panduan lanjut: http://www.lppsa.gov.my/v2/panduan-pengguna-lms/
Syarat Pembiayaan
Syarat Pembiayaan Jenis 1 – Pembelian Rumah Kediaman Yang Telah Siap
Syarat Pembiayaan Jenis 2 – Pembiayaan Di Atas Tanah Hak Milik Pemohon
Syarat Pembiayaan Jenis 3 – Pembelian Rumah Kediaman Yang Sedang Dibina
Syarat Pembiayaan Jenis 4 – Pembelian Tanah Bagi Maksud Pembinaan Rumah Kediaman
Baca juga: Cara Mohon Elaun Pindah Rumah Penjawat Awam (Beli Rumah LPPSA)
Maklumat Lanjut
LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
NO.9, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62592 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
http://www.lppsa.gov.my
Bantuan Permohonan
Tel : 03 – 8880 1600