MyTax LHDN: Cara Daftar Untuk e-Filing, Login Pertama & Semakan Cukai

Sekiranya anda telah melawati laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sebagai persediaan memfailkan cukai, anda akan dibawa ke platform yang dikenali sebagai MyTax. 

MyTax telah dilancarkan sejak Disember 2020. Ia merupakan portal perkhidmatan yang bertujuan untuk membolehkan pembayar cukai mengakses maklumat terkini mereka tanpa perlu mengunjungi pejabat LHDN.

Portal ini menawarkan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkenaan dengan pelbagai perkara berkaitan cukai.

Pihak LHDN turut menekankan bahawa portal MyTax akan menjadi instrumen berguna dalam membantu meminimumkan ketirisan hasil negara di samping meningkatkan kutipan hasil. 

Nak tahu bagaimana sebenarnya MyTax berfungsi? Apakah jenis kemudahan yang diberikan kepada pembayar cukai? Bagaimana anda mengaksesnya? 

Mari teruskan membaca. 

Apakah MyTax?

MyTax adalah sebuah platform sehenti di mana anda boleh mencari dan mengakses semua sumber dan perkhidmatan berkaitan cukai dengan satu log masuk.

Dengan MyTax, anda tidak perlu lagi bersusah payah memasukkan kata laluan anda beberapa kali untuk mengakses perkhidmatan atau maklumat yang berbeza daripada LHDN melalui lokasi yang berbeza.

Dalam MyTax, anda akan menemui pautan yang membolehkan anda menjalankan fungsi seperti memfailkan penyata cukai pendapatan anda melalui e-Filing, membayar cukai anda melalui byrHASiL dan mengemas kini profil cukai anda melalui e-Kemaskini. 

Selain itu, anda juga akan dapat mencari pelbagai maklumat dan panduan berkaitan cukai, di samping papan pemuka peribadi dan peti mel yang memastikan anda dikemas kini tentang status cukai terkini anda.

MyTax boleh diakses melalui tapak web atau aplikasi mudah alihnya (Google Play , App Store , Huawei AppGallery ).

MyTax

Berikut adalah perkara yang anda boleh semak sendiri di portal MyTax :

  • Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
  • Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
  • Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
  • Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
  • Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
  • Senarai ansuran CP500
  • Rekod SPC
mytax 2023

Cara Pendaftaran MyTax & Login Kali Pertama

Pendaftaran MyTax boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax melalui pautan berikut: https://mytax.hasil.gov.my

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Log Masuk Kali Pertama

Bagi anda yang telah berdaftar tetapi tiada Sijil Digital, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk mendaftar iaitu:

  • e-CP550 – permohonan di web
  • e-KYC – pengecaman identiti wajah melalui telefon

Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas. Kemudian log masuk setelah anda menetapkan kata laluan serta frasa keselamatan.

Anda boleh rujuk manual penuh di sini: 

Cara Semakan Status Tunggakan Cukai Melalui Portal MyTax

Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan: https://mytax.hasil.gov.my/

Permohonan No Pin MyTax

Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :

  • Melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
  • Permohonan secara dalam talian

Cara Memfailkan Cukai Melalui MyTax

Untuk memfailkan cukai, mulakan dengan klik pada “e-Filing” di bawah tab “ezHasil Services”. Ia akan membawa anda ke senarai sumber dalam talian yang berkaitan dengan pemfailan cukai pendapatan anda. 

Kemudian, klik pautan pertama pada senarai yang dipaparkan untuk membayar cukai tahun tersebut. Anda akan dibawa terus ke borang e-Filing anda – isi maklumat yang diperlukan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai MyTax, eFiling dan seumpamanya, sila layari portal rasmi LHDN

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: