Pencen Terbitan: Permohonan, Cara Pengiraan & Pembahagian Syer

Pembahagian Syer dan Pengiraan Pencen Terbitan Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Apakah itu pencen terbitan? Dan apakah itu pencen tanggungan?

Kedua-duanya adalah sejenis bentuk bayaran yang akan diterima apabila seorang penjawat awam meninggal dunia dalam perkhidmatan atau persaraan.

Namun, kedua-dua istilah itu mempunyai perbezaan tersendiri.

Ramai masih keliru perbezaan antara Pencen Terbitan vs. Pencen Tanggungan.

Di sini, diterangkan terlebih dahulu tentang perbezaan kedua-dua jenis faedah ini berdasarkan 3 kategori di bawah.

Perbezaan Pencen Terbitan vs Pencen Tanggungan

A. ‘Beza’ Tentang Punca Kematian

Pencen Tanggungan, ialah faedah TAMBAHAN bulanan dibayar kepada waris yang layak atas kematian penjawat awam yang kematiannya berpunca dari :

  • kemalangan dalam perjalanan (yang bukan disebabkan kecuaian gemulah)
  • ditimpa bencana semasa menjalankan tugas rasminya;
  • penyakit yang berpunca dari tugas rasminya; dan
  • mati dalam tempoh tujuh (7) tahun, dari tarikh gemulah menanggung bencana disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari tugas rasminya.

Manakala berbeza dengan ‘Pencen Terbitan’, ialah faedah bulanan yang dibayar kepada waris yang layak, atas kematian penjawat awam atau pesara, ‘atas apa jua sebab kematian’.

B.’Beza’ Tentang Kelayakan Sekiranya Berkahwin Semula

Balu sudah tidak boleh terima ‘Pencen Tanggungan’, apabila balu tersebut ‘berkahwin semula.’

Kelayakan terhenti. Jadi kepada balu itu, maklumkanlah kalau kalian berkahwin semula. Tak layak sudah.

Kerana balu tersebut kini ditanggung oleh suami baharu.

Manakala bagi ‘Pencen Terbitan’, Balu/Duda masih layak dan boleh terima Pencen Terbitan, walaupun Balu/Duda itu berkahwin semula dengan jejaka/wanita lain sama ada atas pilihan hati atau pilihan orang tuanya atau pilihan sesiapa sahaja. (mulai 1.1.2002 hingga kini)

C. ‘Beza’ Tentang Kelayakan Duda Ke Atas Pencen Tanggungan dan Pencen Terbitan

Tahukah anda, semua balu layak terima pencen tanggungan, tapi tak semua duda layak ‘Pencen Tanggungan’

Tetapi, semua Balu/Duda layak terima ‘Pencen Terbitan’.

Ingat ni, Duda yang sihat dan boleh tanggung diri, tidak layak ‘Pencen Tanggungan’.
Tetapi, Duda yang sakit, yang ‘tidak berupaya tanggung diri’, yang ‘tidak berupaya sara diri’ dan yang selama ini ‘ditanggung oleh isterinya’, atas keadaannya yang sakit itu, Duda kategori ini, boleh layak dipertimbangkan.

Manakala bagi ‘Pencen Terbitan’, Duda yang ‘sihat wal-aafiat’ juga layak ‘Pencen Terbitan’.

Ibu / bapa tidak layak pencen terbitan, tapi kalau pencen tanggungan, atas punca kematian seperti yang disebutkan di atas, ibu atau bapa layak dipertimbangkan Pencen Tanggungan.

Undang-undang Pencen Terbitan

Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia. 

Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:

  • Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
  • Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
  • Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

Cara Pengiraan Pencen Terbitan

Pencen Terbitan merupakan suatu bayaran bulanan kepada balu atau duda dan anak sahaja yang dihitung mengikut formula berikut:

1/600 x tempoh perkhidmatan yang x gaji hakiki bulanan yang boleh dimasukira akhir diterima, tertakluk kepada maksimum setengah daripada gaji akhir

Baca juga: Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

Pembahagian Syer

Balu/Duda – 2 bahagian/syer

Anak – 1 bahagian/syer

Bagaimana pula jika ada 2 isteri atau lebih?

Sila rujuk carta di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.

Bagaimana Memohon Pencen Terbitan Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan?

Tindakan Oleh Balu / Duda / Waris

Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan, balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:

  • Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
  •  Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
    • salinan sijil kematian
    • salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan.  Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
    • salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
    • salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
    • dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
    • sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
    • Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).

Tindakan oleh Ketua Jabatan

Borang-borang yang perlu diisi dan dokumen yang kemukakan oleh Ketua Jabatan

  • Permohonan Pencen Tanggungan akibat kemalangan dalam perjalanan dan bencana
  • Permohonan Pencen Terbitan dan / Ganjaran Terbitan – Borang JPA.BP.SPT.B01a
  • Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang – Borang JPA.BP.UMUM.B01
  • Gambar berukuran pasport, tandatangan serta cop jari kedua-dua ibu jari penerima pencen.
  • Maklumat mengenai alamat, cara pembayaran yang di kehendaki, anak di bawah umur 21 tahun, pengakuan serta tandatangan dan cop ibu jari pemohon.
  • Maklumat mengenai opsyen yang di buat di bawah  Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencen 1980.
  • Salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti gemulah yang kemas kini.
  • Surat penyelesaian cukai pendapatan
  • Laporan siasatan polis dan / keputusan ‘Inquest’ oleh mahkamah bagi kes kemalangan maut
  • Laporan sosio – ekonomi ibu /bapa/ (jika tiada ibu) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Penyata KWSP 1036

Baca juga: Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan 2021 & Kenaikan 2%

Ringkasan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal JPA Pencen di pautan berikut:

http://www.jpapencen.gov.my/pencen_terbitan.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: