in

Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman 110% Tanpa Deposit

skim rumah pertamaku
ADVERTISEMENT

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku (My First Home), iaitu sebuah skim pinjaman perumahan yang terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Melalui skim ini, pemohon yang layak boleh mendapat pembiayaan pinjaman perumahan hingga 110%, bermaksud pinjaman tanpa deposit 10% yang biasa dikenakan untuk membeli rumah.

Menarik kan?

ADVERTISEMENT

Dan lagi satu, jangan ingat penjawat awam saja yang boleh dapat bantuan-bantuan perumahan, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pun layak pun layak untuk memohon skim ini.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku, terutamanya bagi individu yang belum pernah memiliki sebarang hartanah.

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.

Ia diperkenalkan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

skim rumah pertamaku

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan individu bagi memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan

Harta Yang Layak

Rumah kediaman yang bagaimana layak untuk dibeli oleh pemohon Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Berikut adalah syarat harta yang layak dibeli melalui pembiayaan SRP:

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku

Jika pemohon telah menepati semua syarat kelayakan di atas, ada beberapa lagi syarat pembiayaan yang perlu diketahui juga ya.

Berikut adalah keperluan pembiayaan Skim Rumah Pertamaku (SRP):

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans / takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Baca juga: Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS

Skim Rumah Pertamaku (SRP

Bank Yang Terlibat

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

  • Affin Bank 03-8230 2222
  • Affin Islamic Bank 03-8230 2223
  • Alliance Bank 03-5516 9988
  • Alliance Islamic Bank 03-5516 9989
  • AmBank 03-2178 8888
  • AmBank Islamic 03-2178 8888
  • Bank Islam 03-2690 0900
  • Bank Muamalat 03-2600 5500
  • Bank of China 03-2059 5566
  • CIMB Bank 03-6204 7788
  • CIMB Islamic Bank 03-6204 7789
  • Hong Leong Bank 03-7626 8899
  • Hong Leong Islamic Bank 03-7626 8900
  • Maybank 1 300 88 6688
  • Maybank Islamic 1 300 88 6688
  • MBSB Bank 03-2096 3000
  • Bank OCBC Al-Amin Bank 03-8314 9310
  • OCBC Bank 03-8317 5000
  • Public Bank 1 800 22 9999
  • Bank Public Islamic Bank 1 800 22 9999
  • RHB Bank 03-9206 8118
  • RHB Islamic Bank 03-9206 8118
  • Standard Chartered Bank 1 300 888 888
  • Standard Chartered Saadiq Bank 1 300 888 888
  • United Overseas Bank 03-2612 8121

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) di pautan: http://www.srp.com.my/

ATAU

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) SRP di sini : http://www.srp.com.my/bm/faq.html dan brosur di SINI.

ATAU

hubungi bank-bank yang terlibat seperti dalam senarai di atas.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

permohonan spptp

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 (SPPTP)

cara tukar kad debit maybank kiosk

Rupanya Boleh Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk, Kejap Je Siap!