Panduan Isi Borang BE e-Filing & Mohon Bayaran Balik (Tax Refund)
PANDUAN MENGISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN (Borang e-BE) & Mohon Bayaran Balik (Tax Refund)
Tak payah takut jangan risau, sebab kawan cakap declare je. Untung-untung dapat bayaran balik cukai / tax refund.
Ikut je la step ni. Boleh buat sendiri depan laptop atau henpon. kalau takde, pergi je dekat LHDN berdekatan. Diorang sediakan komputer khas. Boleh tanya terus kalau tak tahu.
Sebelum nak isi e-filing, pastikan daftar dulu. Rujuk cara daftar pertama kali kat sini: Cara Daftar Cukai LHDN Pertama Kali
Lepas dah daftar, baru boleh buat e-filing.
Panduan Isi Borang BE e-Filing & Mohon Bayaran Balik (Tax Refund)
Jom, saya share langkah-langkah untuk borang BE (tanpa perniagaan):
Langkah 1: Log masuk ke ezhasil. Macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.
Langkah 2: Pilih opsyen e-filing, kemudian e-borang.
Langkah 3: Pilih tahun taksiran. ie:2017. Dia akan bawa anda ke dunia lain (new tab laaa.)
Langkah 4: Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun. Kot dapat refund balik duit kannnn.
Langkah 5: Isi maklumat pendapatan anda
Langkah 6: Isi pelepasan cukai. Tak tahu? Refer ni : Senarai Pelepasan Cukai 2022. Kat sini yang paling PENTING. Boleh kurangkan cukai dan secara tak langsung menambahkan lebihan cukai untuk digunakan semula.
Langkah 7: Semak rumusan. Ni paling best! Boleh tengok kita ada dapat lebihan cukai ke tak. Ada yang dapat refund beribu tau!
Langkah 8: Sahkan borang taksiran anda.
Kalau rasa takut declare, fikirkan semula.
Kredit : Ifa Amir
TIPS E-FILING NEWBIE & ELAK PENALTI DIBAWAH S.113(2)
- Perkerja bergaji RM3,000-00 ke atas dan sudah berkerja setahun dan keatas yang belum mendaftar E-filing, bolehlah hadir ke Pejabat LHDN untuk mendaftar dan dapatkan No. Cukai Pendapatan, dan password E-Filing.
- Untuk yang pertama kali buat E-Filing, boleh lah membuat demikian di Pejabat LHDN sendiri untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kerana di Pejabat LHDN akan ada pegawai yang mebantu untuk proses pengisian E-Filing.
- Semasa hadir untuk mengisi E-Filing, boleh la membawa salinan Asal dan Fotokopi dokumen-dokumen seperti berikut:
a) EA Form tahun sebelum dari majikan,(makesure dalam ni tertulis jumlah KWSP, PERKESO dan Zakat atau lain lain bayaran yang dibuat melalui potongan gaji)
b) Resit perubatan berkaitan Ayah,ibu,diri sendiri, isteri, dan anak-anak
C) resit pembelian buku,surat khabar dan alatan sukan
d) Bill pembayaran langganan internet atas nama sendiri ( yang ni kira harga internet sahaja, tidak termasuk GsT dan bill telefon, boleh tgok dlm bill)
e) Statement pembayaran premium insurans bagi tahun sbelum (boleh minta dari agent insurans memasing)
F) statement pembayaran zakat pendapatan (sekiranya bayar sendiri)
G) statement pembayaran yuran pembelajaran diri sendiri
H) dan lain lain dokumen yang berkaitan yang boleh menjadi Tolakan Cukai.
- Setelah selesai mengisi E-Filing dengan bantuan Pegawai LHDN, boleh terus mengambil nombor untuk berjumpa pegawai untuk AUDIT E-filing yang dibuat sebentar tadi.
- Kenapa perlu Terus AUDIT selepas E-filing? Secara praktikalnya pihak LhDN akan memberikn suatu Notis untuk mengemukakn dokumen (Audit) kepada kita berkenaan tentang apa yang kita filingkan. Walaupun BAKI CUKAI TAKSIRAN BAGI TAHUN TERSEBUT ADALAH RM0.00. Dan kebiasaannya terjadi masalah apabila perkerja TIDAK MENERIMA NOTIS TERSEBUT dan terus dikenakan PENALTI DI BAWAH S.113(2) kerana gagal mengemukakan dokumen. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang penalti dikenakan, wajarlah untuk terus MEMBUAT AUDIT DENGAN PEGAWAI LHDN SEJURUS MEMBUAT E-FILING, yang mana pegawai tersebut akan memerikan semua dan segala dokumen yang kita bawa tadi dan diserahkan sesalinan Fotokopi semua dokumen tersebut kepada pegawai tersebut.
Dan pegawai tersebut akan mengesahkan bahawa penerimaan salinan dokumen untuk pengesahan audit cukai taksiran tahun tersebut.
Maka selesailah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab.
Sekiranya terdapat cukai yang perlu dibayar, maka buat lah pembayaran sama ada sekaligus atau berkala melalui potongan gaji.
Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.
Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi pegawai LHDN di kawasan masing sama ada ke pejabat LHDN atau melalui panggilan telefon.
Terima kasih.
Kredit : Nur Syaedah