Cara Tukar Amaun i-Sinar Online (Mulai 8 Mac Hingga 30 Jun 2021)
Ramai yang gembira dengan pengumuman KWSP yang memansuhkan syarat permohonan i-Sinar mulai Februari yang lalu, tapi ada yang frust sebab tersilap tekan jumlah pengeluaran dan tertanya-tanya macam mana cara tukar amaun iSinar.
Menurut info terkini dalam kenyataan media bertarikh 2 Mac 2021, anda boleh membuat pindaan atau tukar amaun iSinar yang tersilap ‘tarik’ pada bahagian slide tersebut.
Berikut dikongsikan cara-caranya.
Cara Tukar Amaun Pengeluaran iSinar Secara Online
Bermula 8 Mac 2021, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.
Terkini, laman web KWSP telahpun dikemaskini dengan 4 pilihan seperti di bawah:
Berikut adalah butiran penting tentang pindaan amaun yang dimaklumkan oleh KWSP.
- Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
- Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
- Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
- Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
- Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
- Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
- Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
- Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat
Untuk info lanjut, sila rujuk FAQ dan cara pindaan amaun pengeluaran i-Sinar di bawah:
Anda boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada:
– Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
– Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.
Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu.
Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.
Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dimohon melalui fungsi ‘PINDAAN PENGELUARAN – Amaun Dimohon’ di i-Sinar online.
Anda boleh meminda butiran maklumat pengeluaran i-Sinar seperti berikut:
– Nombor telefon bimbit; dan/atau
– Alamat surat menyurat; dan/atau
– Butiran akaun bank; dan/atau
– Maklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.
Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.
Bagaimanapun, tarikh akhir Ahli boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021
Jumlah Pengeluaran Maksimum Yang Dibenarkan
Amaun kelayakan pengeluaran i-Sinar adalah bergantung kepada baki anda dalam Akaun 1.
Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1 melalui i-Sinar.
Cara Tukar Amaun iSinar Melalui Portal i-Sinar
- Layari portal i-Sinar ( isinar.kwsp.gov.my )
- Klik ‘Pindaan Pengeluaran’
- Masukkan No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkan
- Isikan semula amaun pilihan yang baharu
- Kemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahan
- Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar
Tarikh Bayaran / Kelulusan Pindaan Amaun iSinar Yang Baharu
Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu
Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, dinasihatkan untuk mendaftar i-Akaun untuk memudahkan proses semakan dan pemakluman pembayaran yang lebih terperinci.
Untuk mendaftar, sila rujuk cara daftar di kiosk: Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)
Jika perlu ke Pejabat KWSP, pastikan buat janji temu online dulu ok!
Rujuk: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.