Cara Buat Kad Debit / ATM Maybank Pakai Gambar Sendiri

Kad debit apa yang anda pakai sekarang? Mungkin ramai antara kita yang suka letak gambar sendiri.

Kalau nak tahu, kita boleh gunakan custom image pada kad debit tu menggunakan apa-apa gambar kesukaan kita tau.

Macam mana caranya?

Jom kita ikuti perkongsian oleh Jessyana Kunjan di Facebook ini.

Baca juga: Cara Tukar Kad Debit ATM Maybank Online. Kad Dihantar Terus Ke Rumah!

Cara Buat Kad Debit / ATM Maybank Guna Gambar Sendiri (Custom Image)

Sebenarnya lama dah saya buat kad ATM saya pakai gambar sendiri ni.

Since 2016 lagi..Best kan..cucuk duit nampak muka sendiri di kad atm.
Gambar yang dipakai ni pun undutttt sgt time ni

Cara bergambar saya kongsikan di sini ya.

LANGKAH 1

Langkah pertama.. klik link ni
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/debit/maybank_visa_debit_picture_card.page?

Pastu ” CLICK HERE ” yang terdapat dalam gambar tu .

Untuk kad Maybank menggunakan gambar sendiri ni , kalian akan kena charge rm26.50

LANGKAH 2

Tekan Accept

Apabila memilih gambar please take a note :
*Optimal image resolution: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi
*Jangan biarkan mana-mana ruang putih. Gambar mesti menutup muka kad keseluruhan.
*Format: jpg, png, gif
*saiz max file: 10 MB

LANGKAH 3

Klik ‘Use Custom Image’

LANGKAH 4

Kalau kalian letak gambar kahwin mesti awesomeee… .

Kalau kalian rasa tak suka dengan gambar yang kalian dah upload tadi , kalian boleh tukar dan pilih : Choose Different Image

LANGKAH 6

Isikan detail yang diperlukan seperti email , no. kad , dan Cawangan Maybank tempat pengambilan kad .

LANGKAH 7

Akhir sekali buat bayaran.

Caj yang dikenakan ialah RM26.50

After payment tunggu sekejap sampai keluar popup :

Thank you. We are processing your application and will notify within 1 business day.

Nota : Makesure korang enablekan popout blocker untuk payment gateway

Siap ! kalian tunggu je Maybank call untuk suruh collect kad maybank yang dah siap tu .
Kalau ada masalah dengan payment .. kalian kena call center 1300 88 6688

Kredit dari : Blog Lisa (Budak Mata Sepet) via Jessyana Kunjan

Untuk maklumat lanjut tentang Picture Card Maybank, boleh rujuk T&C Maybank di sini:

ATAU

Rujuk pautan ini https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/debit/maybank_visa_debit_picture_card.page?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: