Cara Main Kutu Maybank (Create Goal). Simpanan Selamat & Konsisten!
CARA MAIN KUTU MAYBANK (CREATE GOAL): Khas untuk anda yang ‘liat’ sangat nak simpan duit, ini ada satu tips menarik untuk simpan duit dengan lebih konsisten dan selamat!
Tahukah anda apakah fungsi ‘Create Goal’ dalam Maybank dan bagaimana cara memanfaatkannya?
Jom kita baca selanjutnya.
Fungsi ‘Create Goal’ (Main Kutu Maybank)
‘Tabung’ atau ‘Goal’ adalah satu ciri baharu yang diperkenalkan oleh Maybank2U untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai matlamat mereka.
Kalau selalu kita main kutu dengan orang lain, tapi kali ni kita main sorang-sorang dan tetap dapat amaun yang kita nak dalam tempoh yang ditetapkan.
Apa yang best kat ‘Create Goal +’ ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak ‘create goal’ ni. (Contohnya nak beli wing chair ke, travel ke Jepun ke, atau nak beli gelang emas besar ke?)
Lepas tu kita boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan automatik tolak duit dari akaun kita.
Lepas tu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita secara automatik – Tak ada lagi risiko kena tipu, lambat dapat duit, ahli-ahli lesap bila turn kita dan sebagainya!
Lagi senang dan bersemangat nak menabung kan?
Sebenarnya inilah juga tujuan ‘Create Goal’ iaitu untuk menggalakkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah – contohnya untuk nak buat belanja perkahwinan atau percutian.
OK, ini langkah step-by-step macam mana cara main kutu Maybank / ‘Create Goal’ ni menggunakan aplikasi Maybank2u atau di laman web Maybank2u.
Baca juga: MAE Maybank: Cara Daftar, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan
Langkah ‘Create Goal’ Maybank
Follow step by step macam mana nak start gunakan ‘Create Goal +’ tu kat Maybank2u.
- Mula-mula, buka website Maybank2u www.maybank2u.com.my
- Login Maybank2u macam biasa menggunakan ID dan password masing-masing.
- Skrol ke bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +
- Kemudian pilih Category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti :
- Gift
- Family
- Travel
- Shopping
- Education
- Retirement
- Others (boleh namakan sendiri)
- Lepas tu letakkan Goal Name yang kita nak. (Contohnya kalau target nak deposit rumah, letak ‘Deposit Rumah’ dan sebagainya.)
- Dekat bahagian Commitment ada by Monthly Amount dan by Duration.
- Kemudian klik Saving Account-i
- Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount
- Letak berapa jumlah untuk deposit pertama kita. (Yang ni RM10 sebagai deposit pertama pun boleh.)
- Seterusnya letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.
- Starting Date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita. (serius macam kutu kan?)
- OK dah set semua klik Start.
- Double check balik details dulu, kalau dah boleh click Confirm.
- Siap! Boleh tunggu simpanan kita masuk bank pada tarikh yang ditetapkan.
*Jangan risau kalau dah ‘Create Goal’ tapi tiba-tiba ada kecemasan nak guna duit, kita boleh cancelkan bila-bila masa. Pergi saja ke Menu dan klik butang ‘Remove Goal’ – simpanan anda akan dikembalikan semula sepenuhnya.
Rujuk langkah main kutu Maybank / Create Goal di bawah:
(Kredit gambar: Mazlina Manaf)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Maybank2u berkaitan Goal Savings Plan (GSP) di SINI.
– Tetapkan Matlamat tanpa kos dan tidak memerlukan jumlah minimum.
– Penjimatan elektronik berdasarkan matlamat di mana pencapaian simpanan ditunjukkan dalam papan pemuka utama.
– Kadar faedah berperingkat, dikira setiap hari dan dikreditkan setiap tahun setiap bulan Jun dan Disember.
– Gambaran keseluruhan simpanan gabungan sehenti di Maybank2u.
Semua pemilik dan pemilik tunggal Maybank2u dengan CASA [Konvensional & Islamik].
Akaun yang tidak layak ialah akaun Akaun Simpanan Peribadi, akaun Overdraf, akaun Bawah 18 tahun (Yippie dan IMTeen) dengan kemudahan Overdraf dan akaun Pembiayaan Margin Saham
Anda boleh membuat sehingga 5 Goal dalam satu-satu masa.
Tidak ada jumlah minimum atau maksimum yang diperlukan.
Ya. Kadar Faedah (Split Tiered Interest Rates) akan dibayar pada setengah tahun ke akaun CASA yang terikat dengan Goal masing-masing pada setiap 30 Jun dan 31 Disember.
Ya. Walau bagaimanapun, tidak ada faedah yang akan dibayar untuk penutupan Goal sebelum tempoh matang. Goal yang ditutup selepas 30hb Jun atau 31 Disember akan berhak atas kadar faedah atau tidak, kadar faedah tidak akan dibayar.
Anda dapat membatalkan fungsi ini pada bila-bila masa. Pergi ke ‘Goal’. Klik pada ikon tiga titik dan pilih ‘Remove Goal’. Dana akan dikreditkan semula ke dalam akaun Simpanan anda sejurus selepas itu.
Ya. Tambah amaun anda dengan jumlah yang anda ingin mempercepat pencapaian matlamat atau menjimatkan lebih daripada jumlah yang dikehendaki. Hanya klik pada ikon tiga titik dan pilih ‘Top Up Goal’.