Tak Payah Ke Kaunter, Ini Cara Simpan Duit Anak Ke Tabung Haji Tanpa Caj!

Berita baik untuk pendeposit Tabung Haji, kini kita dah boleh transfer duit ke Tabung Haji dengan lebih mudah tau!

Dah tak perlu nak daftar atau link kan kad ATM atau bank anda dengan akaun TH untuk buat simpanan lagi. Dan paling best, tiada lagi caj RM1 untuk proses pemindahan.

Sebabnya kita dah boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, melalui JomPAY!

Berikut adalah maklumat lanjut tentang JomPAY dan cara membuat transaksi online.

Apakah JomPAY?

Mulai 3 Februari 2021, pihak Tabung Haji telah mengumumkan penggunaan JomPAY melalui laman web dan media sosial mereka.

JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Kod JomPAY Tabung Haji adalah seperti berikut:

  • Biller Code – 60228
  • Biller Name – Tabung Haji – Deposit
  • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
transfer duit ke tabung haji

Baca juga: Cara Kira & Bayar Fidyah Online Jika Lambat Ganti Puasa (2020/2021)

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Dengan JomPay

Bagaimana saya melakukan transaksi simpanan ke Akaun TH melalui JomPAY menggunakan perbankan internet?

Caranya seperti di bawah:

  1. Pendeposit hanya perlu log masuk ke perbankan internet pilihan 
  2. Pilih JomPAY
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 60228
    • Biller Name – Tabung Haji Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – Isikan maklumat pemindahan (Contoh: Simpanan September 2021)
    • Amaun (RM)

NOTA: Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Walau bagaimanapun, pendeposit perlu mempunyai akses perbankan Internet atau perbankan mudah alih di bank pilihan pendeposit.

Caj Perkhidmatan & Tempoh Transaksi Ke Akaun Tabung Haji

Melalui FAQ JomPay Tabung Haji, memang telah dinyatakan tiada caj perkhidmatan kepada pendeposit.

Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja.

Boleh Juga Buat Transaksi Akaun Ketiga

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bolehkah kita membuat transaksi ke Akaun TH yang lain, contohnya akaun anak-anak atau ibu ayah kita.

Jawapannya YA!

Anda boleh melakukan transaksi untuk Akaun TH sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga. Maklumat yang diperlukan hanyalah nombor Akaun TH untuk melakukan transaksi.

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Dari CIMB (Menggunakan JomPAY)

Di bawah kami kongsikan contoh untuk buat simpanan dari CIMB Clicks ke Tabung Haji menggunakan JomPAY.

  1. Mula-mula login macam biasa.
  2. Lepas tu cari butang ‘Pay & Transfer’
  3. Kemudian tekan butang JomPay (rujuk gambar di bawah)

(Boleh tengok pada tarikh tu memang tarikh hari ini ya!)

Nanti kita hanya perlu isikan maklumat berikut:

  • Biller Code – 60228
  • Biller Name – Tabung Haji Deposit
  • Ref-1 – Nombor Akaun Tabung Haji (15 digit) — Boleh pilih nak transfer ke akaun kita sendiri atau akaun anak kita atau sesiapa saja.
  • Ref-2 – jika ada reference note boleh tulis di sini
  • Amaun (RM)

Lepas tu macam biasa, dia akan hantar TAC dan kita bolehlah transfer. Nak set as favourite terus pun boleh.

Selesai!

P/S: Anda juga boleh buat pemindahan daripada bank lain, cari je menu JomPAY ok! Caranya sama je.

transfer duit ke tabung haji

Ini slip transaksi JomPay tadi.

Lebih mudah dan tak ada sebarang caj yang dikenakan untuk JomPay tu.

Cara Transfer Dari Maybank Ke Tabung Haji Melalui JomPay

Untuk buat pemindahan dari TH ke Maybank, ia juga menggunakan kod biller yang sama.

Sila rujuk panduan bergambar di bawah:

LANGKAH 1

Login ke Maybank2u

LANGKAH 2

Klik ikon Pay > Pilih JomPay

LANGKAH 3

Masukkan kod JomPay Tabung Haji iaitu 60228.

LANGKAH 4

Pilih amaun yang ingin dipindahkan.

LANGKAH 5

Masukkan nombor akaun penerima Tabung Haji.

Semak dan buat pengesahan.

Selesai.

Mudah kan?

Jadi lepas ni kita bolehlah simpan dan transfer duit ke Tabung Haji dari akaun Maybank2u, CIMB Clicks, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat atau mana-mana bank sekalipun tanpa perlu mendaftar atau menghubungkan akaun lagi.

Lebih mudah, jimat masa, dan paling penting – TIADA CAJ yang akan dikenakan!

Lepas dah transfer nanti, boleh buat semakan melalui laman web Tabung Haji Online (THiJARI).

Jika anda belum mempunyai akaun THiJARI, bolehlah mendaftar dengan merujuk caranya di sini: THiJARI: Cara Daftar Tabung Haji Online Tanpa Ke Kaunter

Maklumat Lanjut: Lembaga Tabung Haji

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: