in

Permohonan Moratorium Maybank PEMULIH Mulai 7 Julai 2021

moratorium maybank pemulih
ADVERTISEMENT

PERMOHONAN MORATORIUM MAYBANK PEMULIH

Maybank menawarkan bantuan kewangan meliputi moratorium, bantuan pembayaran balik (RA) dan kemudahan sokongan kewangan kad kredit bermula hari ini.

Maybank dalam satu kenyataan, berkata bagi moratorium, institusi perbankan itu menawarkan penangguhan bayaran selama enam bulan, manakala bagi RA pinjaman/pembiayaan pula merangkumi pengurangan ansuran 50 peratus untuk tempoh setengah tahun.

Bagi kad kredit pula (tidak termasuk caj kad), bank itu akan menawarkan kemudahan menukar baki hutang kepada pinjaman berjangka tiga tahun dengan kadar faedah dikurangkan sehingga peminjam dapat menguruskan kewajipan kewangan lebih baik ketika tempoh mencabar ini.

Moratorium/pelan RA Maybank merangkumi semua pinjaman/ pembiayaan (tidak termasuk kad kredit) dan boleh dimohon oleh semua individu (termasuk semua peminjam/pelanggan B40, M40 dan T20); semua syarikat mikro; serta semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2021.

Berikut adalah cara membuat permohonan moratorium automatik Maybank PEMULIH.

lanjutan moratorium maybank

Syarat Permohonan

Maybank berkata, pelan moratorium dan RA tertakluk untuk pinjaman/pembiayaan sebelum atau pada 30 Jun 2021 dan tiada tunggakan lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan diserahkan kepada bank.

“ersetujuan akan diberikan secara automatik kepada semua pelanggan yang layak dan Maybank akan memastikan proses permohonan mudah tanpa dokumen sokongan bagi tujuan kelulusan.

Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam yang memilih moratorium/RA tidak akan terjejas dan tidak perlu bimbang kesannya kepada profil kredit mereka.

Cara Permohonan Moratorium Maybank PEMULIH

  1. Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Maybank COVID-19 Assistance : www.maybank2u.com.my/covid19.
  2. Pelanggan boleh mengklik pada butan ‘kirim e-mel’ (bagi pelanggan individu/PKS).
  3. Jika tidak jumpa butang tersebut, sila kirimkan e-mel anda ke alamat  [email protected].
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan sebelum mengirim e-mel terbabit. *(Rujuk dokumen yang perlu dilampirkan di bawah)
  5. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa beberapa hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.
  6. Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.

Rujuk FAQ Moratorium Automatik Individu Maybank di sini.

*CONTOH E-MEL & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Email subject: Request for Repayment Assistance

*denotes compulsory fields (please mark “X” where applicable)

  • Full name*:
  • IC number/Passport no.*:
  • Contact no.*:
  • Email address:
  • Loan/financing account no.#1* (#2, #3, where relevant):
  • Loan/financing type #1* (#2, #3, where relevant):For Hire Purchase Loan/Financing-i:
  •  • Vehicle no.:
  •  • Auto Finance Centre:

Choose your plan*:

  • Housing & Retail Loan/Financing-i

(   ) Option 1: 6-month moratorium of monthly instalment

(   ) Option 2: 50% reduction in monthly instalment for 6 months

(   ) Option 3: 6-month moratorium + 50% reduction in monthly instalment for the next 9 months

  • Hire Purchase Loan/Financing-i

(   ) Option 1: 6-month moratorium of monthly instalment

(   ) Option 2: 50% reduction in monthly instalment for 6 months

(   ) Option 3: 6-month moratorium + tenure extension for the next 12 months (with reduced monthly instalment)

  • Personal Loan/Financing-i

(   ) Option 1: 6-month moratorium of monthly instalment

(   ) Option 2: 50% reduction in monthly instalment for 6 months

  • Overdraft/Cashline-i

(   ) 6-month moratorium

Note: Options 3 are additional plans offered by Maybank. All options above may result in tenure extension.

  • Credit Card/Credit Card-i:

(   ) Convert outstanding balance into an Instalment Programme of 36 months at an effective interest/profit rate of 13% per annum.

Declaration and Terms & Conditions:

By sending this email, I hereby confirm that I have read and agreed to the Declaration and Terms & Conditions provided in www.maybank2u.com.my/covid19.

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Untuk PKS

Bagi PKS yang terjejas, anda boleh hantarkan e-mel kepada alamat  [email protected] dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Rujuk FAQ Moratorium Automatik PKS Maybank di sini.

Tarikh Permohonan

Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2021.

Baca juga: PEMERKASA PLUS: Bayaran GKP Dinaikkan Kepada RM1,500

Maklumat Lanjut Tentang Moratorium Maybank PEMULIH

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline Maybank di 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Luar Negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.

Pelanggan yang ingin membuat janji temu boleh melakukannya secara dalam talian menerusi Maybank EzyQ di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my/ezyq, 15 hari lebih awal dari tarikh yang diinginkan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ds ismail sabri timbalan perdana menteri

DS Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Resepi Kuih Puteri Ayu Terlajak Gebu. Ini Rupanya Cara Nak Buat!