in

i-Sinar Kategori 1: Kelulusan Automatik Untuk Sebahagian Besar 8 Juta Pemohon

isinar kwsp akaun 1
ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

ADVERTISEMENT

“KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

“Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

“Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.

“KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut KWSP, setiap proses, perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Berikutan itu, katanya setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

*Sumber: Astro Awani

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

promo airasia

Promo AirAsia Dari RM12 Sehala Mulai 7 Disember & Senarai Destinasi

skim smart sewa selangor

Smart Sewa Selangor: Sewaan Serendah RM600, Jadi Deposit Beli Rumah