Kadar Dividen Tabung Haji 2023, Ini Caranya Untuk Membuat Semakan!

TERKINI: Tabung Haji telah mengumumkan kadar dividen Tabung Haji bagi tahun 2023, iaitu agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus.

Jom baca lebih lanjut mengenai kadar dividen Tabung Haji 2023, agihan keuntungan serta cara membuat semakan melalui beberapa saluran termasuk aplikasi THiJARI.

Kadar Dividen Tabung Haji 2023

Alhamdulillah, Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan tahun kewangan 2022 pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus. jumlah pembayaran sebanyak RM2.65 bilion.

Agihan berjumlah RM2.65 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

Kadar Dividen Tabung Haji

Kriteria Kelayakan Pendeposit

Berikut ialah antara kriteria kelayakan pendeposit untuk menerima agihan keuntungan Tabung Haji 2023:

  1. Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat
  2. Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat
  3. Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
Kadar Dividen Tabung Haji

Cara Semak Dividen Tabung Haji 2023

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023.

Semakan boleh dibuat menerusi saluran berikut:

  1. Aplikasi THiJARI
  2. Laman sesawang: www.thijari.com.
  3. Kaunter-kaunter Tabung Haji; Bank Islam, Bank Rakyat
  4. Saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB, Ambank.
Kadar Dividen Tabung Haji

Cara Semakan Melalui Apps THiJARI

Langkah semakan dividen di THiJARI adalah seperti berikut:

  1. Login ke laman sesawang Tabung Haji online: www.thijari.com.my
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan
  3. Klik menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen yang diterima.
  4. Klik “Penyata Akaun” > Bulan Februari 2022 atau “Transaksi Terkini”
  5. Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2022 (seperti dalam gambar di bawah).
Kadar Dividen Tabung Haji
Kadar Dividen Tabung Haji

*Jika anda belum mempunyai akaun Tabung Haji online di THiJARI, sila daftarkan terlebih dahulu mengikut langkah ini: THiJARI: Cara Daftar Tabung Haji Online Tanpa Ke Kaunter

Anda juga boleh membuat semakan dividen Tabung Haji 2023 melalui Maybank. Sila rujuk caranya di sini: Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online

Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji 2023

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2023 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2022. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember / Bilangan Bulan) x 3.10%

Bagaimana Jika Akaun Tabung Haji Tidak Aktif?

  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).

Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi/layari:

A. Tabung Haji Contact Centre (THCC),

B. Atau, SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

C. Ikuti Facebook Rasmi Tabung Haji: Official : Lembaga Tabung Haji

D. Rujuk FAQ di bawah:

Berapakah kadar agihan keuntungan bagi tahun
2020?

Kadar agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2021 adalah 3.10% berbanding 3.10% bagi tahun kewangan 2020.

Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2021?

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2021 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2021. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2021 adalah layak.

Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan?

Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;
Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).
Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.


Bagaimanakah agihan keuntungan dibayar kepada
pendeposit?

Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: