Cara Daftar Tabung Haji Online (THiJARI) Tanpa Ke Kaunter
CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI) LANGKAH DEMI LANGKAH
Laman web THiJARI atau Tabung Haji online telah dilancarkan mulai 5 Februari 2020.
Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.
Ada banyak kelebihan untuk kita mendaftar Tabung Haji online terutamanya dalam musim PKP ini.
Bagi yang belum mendaftar atau ingin mendaftarkan untuk ibu bapa, bolehlah rujuk panduan yang kami kongsikan ini ya.
THiJARI: Tabung Haji Online
Seperti mana online banking yang lain, Tabung Haji juga telah mengorak langkah untuk memudahkan pengguna membuat pelbagai urusan secara atas talian.
Melalui laman web ini, pendeposit boleh:
- menyemak akaun
- mencetak penyata akaun
- membuat pindahan wang
- membuat urusan perkhidmatan Haji
- melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.
Cara Daftar Tabung Haji Online THiJARI
Untuk membuat pendaftaran, anda kini boleh melakukannya dengan mudah tanpa perlu keluar ke kaunter atau cawangan Tabung Haji terdekat.
CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE (THIJARI)
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk proses pendaftaran:
- Layari portal www.thijari.com.my
- Daftarkan maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon berdaftar (*Jika nombor telefon yang berdaftar bukan nombor telefon terkini, sila rujuk di bawah untuk proses kemaskini terlebih dahulu)
- Semak dan sahkan maklumat yang telah diisikan.
- Masukkan nombor TAC untuk meneruskan proses pendaftaran.
- Isikan pula ID pengguna, kata laluan, nama pengguna dan negeri terkini.
- Tekan ‘Tick’ pada terma dan syarat.
- Siap! Anda telah berjaya mendaftar di Portal THiJARI dan boleh mengakses akaun anda sekarang.
Baca juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran
Cara Kemaskini Nombor Telefon Bimbit Melalui Panggilan Telefon / E-mel
Bermula 1 September 2020, Tabung Haji telah menyediakan kemudahan bagi urusan mengemaskini nombor telefon bimbit melalui telefon / e-mel tanpa kehadiran pendeposit di kaunter bagi menyokong perkhidmatan atas talian dan digital pada masa kini.
Ini bermakna, anda boleh membuat panggilan atau e-mel sahaja untuk mengemaskini nombor telefon yang digunakan sekarang bagi tujuan penerimaan kod TAC sekaligus memudahkan pendeposit untuk mendaftar Tabung Haji Online di THiJARI.
Jika nombor telefon bimbit yang didaftarkan bukan yang terkini, anda boleh membuat kemaskini melalui langkah di bawah.
- Sediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan 3 bulan bil telefon terkini didaftarkan atas nama pemohon
- Sertakan dokumen tersebut dan e-melkan ke TH Contact Centre di [email protected]
- Tempoh masa yang diambil untuk proses kemaskini adalah 2 hari bekerja. Ianya tertakluk kepada kelulusan setelah semakan pengesahan pemohon sebenar dilaksanakan.
Mudah kan?
Selain mengemaskini nombor telefon, anda juga boleh membuat panggilan telefon atau e-mel bagi tujuan kemaskini maklumat peribadi yang berikut:
- Gelaran
- Nombor telefon rumah/pejabat
- Alamat E-mel
- Alamat Surat Menyurat
- Status Perkahwinan
- Maklumat Pasangan (Nama)
- Pengesahan Hebahan Promosi & Pemasaran
- Maklumat Perniagaan/Syarikat
Cara Semakan Penyata Akaun Tabung Haji
Setelah berjaya mendaftar, anda bolehlah mengakses akaun Tabung Haji dan membuat semakan akaun sendiri, akaun anak bawah jagaan, membuat transaksi / pindahan wang, mendaftar Haji dan sebagainya.
Untuk membuat semakan penyata Tabung Haji online, anda boleh melakukannya dengan langkah ini:
- Layari laman web THiJARI
- Pergi ke ‘Ringkasan Akaun’
- Lihat ‘Butiran Akaun’
- Akaun TH anak bawah jagaan juga akan dipaparkan secara automatik setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.
- Anda juga boleh membuat urusan transaksi dengan had amaun berikut:
- Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari
- Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari
Maklumat Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]
Untuk membuat pendaftaran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara online, sila rujuk artikel terkini kami ini: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran