BNM Senaraikan Syarikat OctaFX Dalam ‘Alert List’
BNM Senaraikan Syarikat OctaFX Dalam ‘Alert List’
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan sebentar tadi telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) pada 29 Ogos 2022, Isnin.
Senarai ini yang dikeluarkan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Melalui kemas kini tersebut, BNM telah menambah syarikat OctaFX ke dalam senarai tersebut yang dikeluarkan sebagai panduan kepada pengguna.
Perkara ini menjadi tular di media sosial kerana beberapa orang selebriti terkenal didapati telah mempromosikan OctaFX secara terbuka.
Dalam pada itu, menurut BNM, senarai yang dikeluarkan adalah tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Menurut BNM, FCA merupakan panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Ia dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian sewajarnya ke atas entiti atau skim yang dilaporkan.
Turut dimaklumkan bahawa senarai ini akan terus dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai.
Jika anda ingin melihat senarai yang telah dikemas kini, klik pada link
https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
Penafian:
Senarai Makluman Pengguna Kewangan (Senarai FCA) ialah panduan untuk meningkatkan kesedaran tentang entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili sebagai dilesenkan atau dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Senarai FCA dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang awam, selepas menjalankan penilaian yang diperlukan ke atas entiti dan skim yang dilaporkan. Pengguna boleh merujuk kepada Senarai FCA sebagai salah satu daripada beberapa cara untuk menyemak sama ada entiti atau skim telah dikenal pasti sebagai entiti yang tidak diberi kuasa oleh BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Baca juga: MAPPA XVIII: 6 Inisiatif Untuk Penjawat Awam