in

MAPPA XVIII: 6 Inisiatif Untuk Penjawat Awam

mappa penjawat awam
ADVERTISEMENT

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang berlangsung jam 10 pagi ini telah menjadi tumpuan 1.6 juta penjawat awam dari seluruh negara.

Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka lara para penjawat awam.

ADVERTISEMENT

Khabar gembira itu dianggap ‘durian runtuh’ buat penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kerajaan setelah bertungkus-lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.

BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM DALAM MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM (MAPPA XVIII)

1. Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (#GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

2. Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas (#CRK) sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

3. Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod (#CTR) urusan kematian ahli keluarga terdekat.

4. Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

5. Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (#KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

6. Bantuan Khas Kewangan (#BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

mappa penjawat awam

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, ketika negara berdepan pandemik COVID-19 ada banyak cerita kesedihan petugas kesihatan yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani virus itu.

Katanya, jasa dan pengorbanan mereka sebagai wira tidak didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah.

Rujuk lampiran penuh ucapan Perdana Menteri:

Saksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 yang disempurnakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di saluran RTM dan Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara.

Baca juga: Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

gurau kebakaran

Kes ‘Gurau’ Bakar Sofa, Ibu Luah Rasa Sedih Kematian Anak

BNM Senaraikan Syarikat OctaFX Dalam ‘Alert List’