Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023
[TERBARU] AKTA KERJA 1955 PINDAAN 2022
Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) bermula 1 Januari beri banyak kesan positif kepada pekerja di Malaysia terutamanya penambahbaikkan dari sudut kebajikan.
Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani, melalui pelaksaaan sepenuhnya Akta Kerja 1955 ini, produktiviti serta kualiti kerja dapat dipertingkatkan disamping membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Tahukah anda apakah itu Pindaan Akta Kerja 1955, dan adakah ia memberi kesan kepada anda sebagai pekerja?
Ikuti perkongsian berikutnya di bawah ini:
Apakah Akta Kerja 1955 Pindaan 2022?
Jika sebelum ini sebagaimana yang diketahui Akta Kerja 1955 adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM2000 berdasarkan Jadual 1 Akta Kerja 1955.
Kini, pekerja bergaji RM2,001-RM4,000 juga akan menikmati manfaat ini dalam Akta Kerja.
Perkara ini dimaktubkan melalui Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 bertarikh 12.8.2022 di mana Jadual 1 telah dipinda dengan memasukkan pekerja yang bergaji melebihi RM4000 sebulan.
Untuk pekerja yang bergaji lebih RM4000 ini beberapa seksyen-seksyen berikut tidak terpakai:-
1. Seksyen 60 (3) berkenaan dengan bayaran jika berkerja semasa hari rehat
2. Seksyen 60A (3) berkenaan dengan bayaran kerja lebih masa pada waktu kerja biasa
3. Seksyen 60C (2A) ini berdasarkan kepada Akta Kerja (Pindaan) 2021 berkenaan dengan elaun jika bekerja syif
4. Seksyen 60D (3) dan 60D (4) berkenaan bayaran jika bekerja semasa hari cuti umum yang double dan triple tu.
5. Seksyen 60J berkenaan dengan faedah penamatan dan renti kerja.
Jadi untuk 5 seksyen di atas jika gaji lebih RM4000 untuk 5 perkara di atas adalah tidak terpakai.
TETAPI untuk Seksyen lain seperti Cuti Bersalin bawah Seksyen 37, Cuti Tahunan Seksyen 60E, Cuti Sakit Sekyen 60F, Seksyen 12 Notis Penamatan, dan banyak lagi seksyen lain akan terpakai kecuali 5 perkara di atas.
Manfaat Yang Akan Diterima Oleh Pekerja Melalui Pindaan Akta Kerja 2022 (Berkuatkuasa 1 Januari 2023)
Menurut pindaan yang telah dilampirkan, berkuatkuasa 1 Januari 2023, pekerja bergaji RM2,001-RM4,000 juga akan menikmati manfaat ini dalam Akta Kerja iaitu:
- Gaji tambahan jika kerja overtime
- Gaji tambahan jika kerja pada hari rehat & cuti
- Tidak boleh disuruh kerja lebih 12 jam sehari jika kerja shift
- Akan mendapat manfaat-manfaat lain jika diberhentikan kerja selaras dengan Employment (Termination & Lay-Off Benefits) Regulations 1980
* Jika anda bergaji RM4,001 ke atas, anda tidak akan menikmati manfaat-manfaat di atas.
Manakala, semua pekerja (tanpa mengira gaji) akan menikmati perkara-perkara berikut:
- Cuti materniti dinaikkan dari 60 hingga 98 hari
- Cuti paterniti 7 hari
- Jam kerja maksimum setiap minggu dikurangkan dari 48 ke 45 jam
- Boleh mohon majikan untuk kerja secara fleksibel
Peruntukan berkenaan bayaran kerja semasa rehat, bayaran kerja lebih masa, elaun syif, bayaran double dan triple jika kerja semasa cuti umum, faedah penamatan dan renti kerja semua akan dapat juga.
MUAT TURUN
Berikut dilampirkan pindaan yang telah diwartakan khususnya untuk HR dan Syarikat yang kena update dan faham dengan kesemua pindaan ini.
i) PINDAAN JADUAL PERTAMA
Dasarnya, mulai tarikh berkuatkuasa 1 September ini, Akta Kerja (Pindaan) 2021 dan juga Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 telah menaikkan limit kesemua gaji pekerja.
ii) AKTA A1651 – AKTA KERJA (PINDAAN) 2022
iii) PENETAPAN TARIKH PERMULAAN KUAT KUASA
Sumber muat turun : Laman Web Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
Rujukan berkaitan: AKTA KERJA 1955