Siapakah Aisar Khaled? – Biodata, Perjalanan Karier, Fakta Menarik

Siapakah Aisar Khaled? –  Biodata, Pekerjaan, Fakta Menarik | Kemunculan selebriti, artis, pempengaruh, instafamous dan seumpamanya sejak beberapa tahun ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. 

Jadi, tidak hairanlah sekiranya ramai yang tidak mengenali individu-individu baru ini lebih-lebih lagi jika jarang melihat televisyen atau melayan media sosial. 

Aisar Khaled

Biasanya orang ramai akan mudah mengenali individu yang mempunyai imej menarik atau melalui konten-konten viral yang ditampilkan, contohnya seperti, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Aisar Khaled. 

BACA JUGA: Biodata Imran Aqil, Suami Dahlia Rizal – Seorang Penyampai Radio, Personaliti TV

Siapakah Aisar Khaled?

Aisar Khaled adalah seorang pelakon dan juga salah satu influencer atau pempengaruh media sosial yang sering mendapat perhatian warganet atas kandungan kontennya yang sensasi seperti baru-baru ini. 

Beliau telah membuat satu kejutan hadiahkan Yamaha LC untuk ‘rider’ motor kena sita. Tindakan beliau ini telah menimbulkan pro kontra dalam kalangan netizen. 

Aisar Khaled

Selain itu, beliau juga sering berkongsi perkembangan terkininya di media sosial. 

Jom baca biodata Aisar Khaled di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau. 

Biodata Aisar Khaled

  • Nama Penuh: Aisar bin Khaled Kamel
  • Nama Komersial: Aisar Khaled
  • Tarikh Lahir: 6 Ogos 2000
  • Umur: 23 tahun (2023)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Adik-beradik: Aus Khaled, Anas Khaled
  • Ketinggian: 190 cm
  • Pekerjaan: Influencer, Pelakon, Model, Usahawan Saham (Trader)
  • Instagram: @aisar_khaledd
  • Twitter: @aisar_khaled
  • Yotube: https://www.youtube.com/c/AisarKhaledd 

Perjalanan Karier

Sebelum memulakan kariernya sebagai pelakon, Aisar Khaled sudah pun dikenali sebagai personaliti media sosial sejak beliau di bangku sekolah lagi. 

Beliau mula terjun ke bidang lakonan selepas disunting oleh pengarah Michael Ang menerusi drama Chandelier. Dalam drama tersebut, Aisar digandingkan bersama beberapa pelakon popular antaranya Ben Amir dan Mimi Lana.

Aisar Khaled

Aisar juga pernah mengikuti ujibakat bagi Pencarian Hero Remaja 2020 namun tidak berpeluang untuk menjadi peserta bagi program realiti tersebut.

Setelah drama sulungnya, Aisar mendapat peluang untuk mengetengahkan bakatnya dalam beberapa drama/filem lagi seperti Lelaki Lingkungan Cinta, Misteri Wak Leman dan Ijam serta filem Gila Gusti dan Hantu Kelima.

Selain dalam bidang hiburan, Aisar juga dikenali sebagai usahawan trading atau saham dan turut membantu ramai orang untuk  menjana pendapatan di bawah bimbingan AK Legacy Team. 

BACA JUGA: Ambil Anak Angkat Selepas 11 Tahun Mencuba, IG Mizz Nina Dihujani Ucapan Tahniah & Kata Positif

Fakta Menarik

Aisar Khaled
  • Merupakan anak bongsu daripada tiga beradik
  • Kedua-dua abangnya juga merupakan pempengaruh media sosial
  • Berketurunan Jordan (bapanya berasal dari Jordan), manakala ibunya berasal Terengganu
  • Pernah menjadikan Neelofa sebagai ‘celebrity crush’ 
  • Berketinggian 190 cm 
  • Mempunyai kelab peminat tersendiri yang dikenali sebagai ‘Aistars’
  • Kreatif dalam membuat konten-konten terkini
  • Merupakan seorang usahawan muda
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: