Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2023
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) Tingkatan 4 bagi Tahun 2023
Berita baik bagi yang berminat untuk menyertai tentera!
Maktab Tentera Diraja kini telah membuka permohonan kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Tarikh permohonan adalah dari 30 September 2022 hingga 30 November 2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kemasukan, kelayakan, dan keistimewaan yang ditawarkan oleh MTD.
Apakah Maktab Tentera Diraja (MTD)?
Maktab Tentera Diraja (MTD) mempunyai keunikan tersendiri kerana MTD merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
Nama Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.
MTD komited dalam mematuhi reka bentuk dan susunan pembelajarannya berasaskan displin serta pembudayaan cara hidup ala ketenteraan.
Pengutamaan aspek kecemerlangan dalam setiap program dan pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai setia kawan menjadikan MTD sebagai HOME OF FUTURE LEADERS yang melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara.
Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.
Keistimewaan
Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA meliputi:
* Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
* Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.
* Rawatan kesihatan.
* Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
* Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.
* Buku teks dan keperluan pembelajaran.
* Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
* Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
* Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
* Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki, membaca peta dan ilmu medan perang.
* Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Syarat Kelayakan
SYARAT AM
i. Mencapai standard Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
ii. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.
**Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.
SYARAT KHUSUS
i. Pemohon (lelaki sahaja) mestilah warganegara Malaysia
ii. Ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
iii. Berat minimum – 40.5 kg
iv. Tinggi minimum – 152 cm
v. Ukuran dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
vi. Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah (tidak terhad):
a. Flat foot
b. BMI antara 18 hingga 27
c. Impacted earwax
d. Asthma
e. Scoliosis (tulang belakang bengkok)
f. Varicose vein
g. Colour blindness (rabun warna)
h. Myopia (rabun jauh) 6/12
i. G6PD-deficiency
j. Haemorrhoids (buasir)
k. Inguinal hernia
l. Tinea (Jangkitan kulat pada kulit)
m. Uneven shoulder
n. Braces (Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
o. Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
p. Sebarang masalah kesihatan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD.
Tarikh Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023
Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 30 September – 30 November 2022.
Cara Permohonan
- Pemohon wajib mengisi borang permohonan atas talian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- Pemohon perlu memilih MTD sebagai pilihan PERTAMA
- KPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia
- Pemohon yang lulus PKSK akan dipanggil ke sesi Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD
- Pemohon yang lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 2023 / 2024
Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) boleh dibuat melalui URL berikut:
Info berkaitan MTD boleh dilayari di URL berikut:
https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_mtd.cfm
Maklumat Lanjut
MAKTAB TENTERA DIRAJA
KEM PERDANA SUNGAI BESI
57000 KUALA LUMPUR.
TEL: 0389465562/5563/5564/5565