Adakah Negeri Belum Capai 80 Peratus Vaksinasi Boleh Direntas?

Setiap hari jumlah rakyat Malaysia mendapatkan vaksinasi semakin meningkat. Ini dilihat sebagai satu petanda yang bagus dalam mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa sekali membolehkan kita untuk merentas sempadan negeri.

Pada 4 Oktober 2021 yang lepas, hanya tinggal 2 peratus sahaja lagi untuk mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Namun selepas mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa, apakah negeri yang belum lengkap 80 peratus vaksinasi boleh untuk direntas?

SOP Rentas Negeri Di Bawah 80 Peratus Kadar Vaksinasi Perlu Dikaji

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, menyatakan kerajaan perlu melihat semula SOP kebenaran rentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi.

Ini kerana risiko jangkitan wabak Covid-19 adalah tinggi terutamanya bagi negeri yang kurang 80 peratus kadar vaksinasi.

Sehingga ke hari ini, masih ada beberapa negeri yang masih belum mencapai kadar 80 peratus kadar vaksinasi dewasa iaitu Sabah (44.1 peratus), Kelantan (46.8 peratus), Kedah (54.5 peratus), Pahang (54.6 peratus), Terengganu (56.3 peratus) dan Perak (56.3 peratus).

Apabila rentas negeri dibolehkan, ramai orang akan pulang ke kampung halaman dan bercuti akan menyebabkan pergaulan yang tidak terkawal. Ini boleh menyebabkan penyebaran wabak terutamanya kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun yang belum divaksin.

Selain daripada rakyat perlu mematuhi SOP, beliau menyarankan supaya sesiapa yang ingin merentas negeri perlu membuat saringan dan jika disahkan positif, keperluan kuarantin diri wajib dilakukan.

Beliau menambah lagi, pematuhan SOP perlu berlaku pada tahap maksimum seperti tidak menanggalkan pelitup muka dan mengelak kesesakan sama ada di kawasan awam atau premis.

Kita perlu sedar bahawa wabak Covid-19 masih lagi aktif dan kes kematian masih ada setiap hari. Disebabkan itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menanganginya bersama. Janganlah disebabkan rentas negeri kali ini, kes positif Covid 19 kembali melonjak.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: