Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Mulai Fasa 2 PPN

TIPS & SOP Menginap Di Hotel Mulai Fasa 2 PPN

Tanpa sedar, kita sudah hampir memasuki tahun kedua menghadapi pandemik Covid-19. Berbanding tahun lepas, tahun 2021 merupakan tahun yang paling banyak kita diperintahkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19.

Bermula PKP 1.0, kini kita sudahpun memasuki PKP 3.0 dengan kes harian semakin membimbangkan dan melebihi 20, 000 kes setiap hari. Banyak sektor terpaksa ditutup dan hal ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan ekonomi negara.

Kebanyakkan sektor telah mengarahkan pekerja mereka bekerja dari rumah dan antara sektor yang paling terkesan adalah sektor pelancongan. Bayangkan kesemua tempat pelancongan terpaksa ditutup bagi mematuhi arahan PKP.

Baca juga: Tiket Malaysia Airlines Serendah RM89 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi

tips pergi hotel pkp
Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Tipulah jika kita tidak berasa terkesan dan bosan sepanjang berada di rumah kan? Jika sebelum ini hari kita sentiasa dipenuhi dengan aktiviti luar, kini sudah hampir dua tahun kita terpaksa mendepani norma baharu di mana masa kita banyak dihabiskan di rumah.

Namun jika sektor pelancongan seperti hotel dan pulau sudah dibuka kelak, adakah anda akan membantu menaikkan semula ekonomi kita dengan melancong kesana?

Tiada masalah jika hendak bercuti semasa musim pandemik ini namun anda harus ingat, keselamatan dan kesihatan juga perlu anda cakna kerana keadaan ketika ini amat membimbangkan.

Sebelum memulakan percutian, pastikan anda melakukan beberapa persediaan ini untuk mengelak daripada berlakunya jangkitan wabak Covid-19.

Mencegah lebih baik daripada merawat kan?

5 Tips Menginap Di Hotel Yang Anda Perlu Ikut Selepas Tamat PKP, Ikut SOP!

TIP 1: Cari hotel atau tempat percutian yang berdekatan dengan anda

10 Best Hotels in Kuala Lumpur for Amazing Views - We Are From Latvia
Kredit foto: Latvia

Mendepani musim pandemik ketika ini, adalah sebaiknya kita teliti dahulu kawasan yang selamat dan baik untuk kita menginap.

Jika kawasan tersebut merupakan kawasan yang berisiko tinggi, sebaiknya tangguhkan dulu hasrat anda dan pilihlah kawasan yang lebih selamat.

Banyak faktor yang perlu kita teliti pada waktu ini jika hendak keluar dan bercuti. Keadaan pada waktu ini tidak mengizinkan kita untuk bercuti sembarangan.

Baca juga: Industri Penerbangan Dijangka Kembali Normal Pada Tahun 2022 – Tony Fernandes

TIP 2: Bawa kelengkapan diri seperti hand sanitizer, dan ubat-ubatan

Making hand sanitizer at home: Risks and recommendations

Untuk langkah berjaga-jaga, pastikan anda menyediakan sanitizer ketika melancong atau bermalam di hotel. Kami yakin, sepanjang hampir dua tahun kita menghadapi norma baharu, pasti kita sudah terbiasa untuk memakai sanitizer setiap kali kita keluar.

Semasa berada di tempat penginapan, pastikan anda menyembur sanitizer di tombol pintu, tanda dan permukaan yang sering disentuh.

Selain itu, pastikan anda sediakan ubat-ubatan dalam medical kit box. Barang-barang ini sebaiknya disediakan terlebih awal bagi menghadapi apa-apa kecemasan. Pastikan kita sediakan kelengkapan ini di dalam beg sebelum bercuti.

TIP 3: Kenalpasti kawasan tersebut zon merah atau tidak

Various covid-19 zones red, orange, green, in India, entire list

Sebelum memilih destinasi atau tempat penginapan, pastikan anda meneliti terlebih dahulu kes harian Covid-19 yang dimaklumkan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita perlu ambil tahu negeri mana yang mempunyai kes yang tinggi dan rendah untuk memastikan kes tidak menular.

Namun ada juga kawasan yang berstatus zon merah namun selamat untuk untuk didatangi kerana mengamalkan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh KKM. Namun sebaiknya elakkanlah bercuti di kawasan zon merah ya.

TIP 4: Pastikan hotel atau tempat penginapan mengamalkan SOP PKP yang ketat

sop hotel pkp

Kita perlu peka dengan norma baharu dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini. Tidak dinafikan ada segelintir pihak pengurusan hotel yang tidak mengamalkan SOP dan perkara ini amat membimbangkan keselamatan serta kesihatan kita.

Untuk pihak pengurusan hotel, anda tidak boleh mengambil perkara ini sambil lewa sahaja kerana terdapat beberapa kes di mana hand sanitizer disediakan sebenarnya cuma air sabun sahaja.

Selain itu, pastikan Mysejahtera app berfungsi atau jika tidak boleh menggunakan aplikasi ini, pastikan anda mengisi butiran yang dikehendaki pada buku rekod yang disediakan.

TIP 5: Buka tingkap dan pintu bilik semasa tiba

sop hotel pkp
Kredit foto: Living Insider

Perkara utama yang perlu anda lakukan semasa sampai di hotel atau tempat penginapan adalah membuka pintu dan tingkat selama beberapa minit.

Hal ini kerana untuk memberi pengudaraan dan pengcahayaan masuk ke dalam bilik tersebut. Aliran udara yang masuk boleh menjadikan bilik menjadi lebih segar dan terhindar daripada suhu bilik yang terlalu lembab.

Jadi, pastikan anda ambil langkah pencegahan sebaik mungkin okay?

SOP PELANCONGAN / PENGINAPAN HOTEL TERKINI (9 SEPTEMBER 2021)

Sila rujuk SOP yang lebih terperinci seperti berikut:

Untuk mengetahui SOP terkini, sila rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara atau Pelan Pemulihan Negara di pautan berikut: https://www.mkn.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: