in

Tiket Malaysia Airlines Serendah RM89 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi

ADVERTISEMENT

MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) menawarkan tambang murah untuk destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Tambang itu ditawarkan dalam kategori Economy Lite serendah RM89 untuk mereka bertemu orang tersayang.

ADVERTISEMENT

MAB dalam satu kenyataan berkata, promosi itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September 2021 dan sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober 2021.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines

Baca juga: Kenapa Ada Orang Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Kedua?

CEO Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata, “Siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan Covid-19.”

“Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

Tanbahnya, “Kami percaya ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting.”

Setakat ini, lebih 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines sudah menerima suntikan vaksin.

Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group, menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkapkan dua dos suntikan menjelang Ogos berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai 2021.

Tempahan Online Di Laman Web Malaysia Airlines

Tempahan bagi promosi ini boleh dibuat di laman web malaysiaairlines.com

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.malaysiaairlines.com/my/en/campaign/reunite-you-with-your-loved-ones.html

Sumber: BERNAMA

Baca juga: Wanita Maut, Rebah Depan Bank Didapati Positif COVID-19

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Samsung Exynos W920, Sebuah Cip Bersaiz 5nm Untuk Peranti Boleh Pakai

Jaga-Jaga, Kerap Tidur Lewat Boleh Mendatangkan Penyakit Bahaya!