in

88 Tempat Menarik Di Melaka & Port Makan Best Terkini (2021)

ADVERTISEMENT

Anda dah rancang tempat menarik & port makan best untuk anda bercuti di Melaka ? Kebenaran rentas negeri pun baru sahaja diumumkan bermula 11 Oktober.

Bagi anda yang nak plan ke Melaka, jom kita semak tempat – tempat pelancongan dan restoran popular yang wajib anda singgah!

Tempat Bersejarah Menarik di Melaka

Kalau dah sampai di Melaka, memang tak sah jika tak berkunjung ke tapak bersejarahnya.

Memang cantik untuk bergambar di sini dan percuma !

ADVERTISEMENT

Tapak bersejarah yang anda boleh lawati di sekitar Bandar Hilir ialah :

  • Kota A Famosa
  • Jonker Walk / Jonker Street
  • Stadthuys / Bangunan Merah
  • Bukit St Paul
  • Perigi Hang Tuah
tempat menarik melaka
Kredit Foto : maisinggah.com

Untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna, naiklah beca berwarna-warni yang telah menjadi trademark bagi Bandar Hilir.

Biasanya abang beca yang peramah juga akan bercerita serba sedikit tentang sejarah Melaka. Siap tolong ambik gambar lagi !

Baca Juga : Jom Rancang Percutian! Ini Senarai Homestay Terbaik Langkawi 2021

Muzium Menarik di Melaka

Melaka juga cukup terkenal dengan nilai sejarahnya.

Kalau dah biasa ke Kota A’Famosa atau Stadthuys, apa kata anda rancang museum hopping ? Memang cukup banyak muzium yang anda boleh lawati !

Satu hari pun mungkin tak cukup untuk cover semua!

Antara muzium popular di Melaka yang anda boleh lawati ialah : 

  • Muzium Cheng Ho
  • Maritime Muzium atau Muzium Samudera
  • Muzium Kapal Selam
  • Baba Nyonya Heritage Muzium
  • Muzium Kesultanan Melayu Melaka
  • Muzium Sejarah dan Etnografi
  • Hang Tuah Centre
  • Muzium Al-Quran Melaka
  • Muzium Adat Istiadat
  • Galeri Cheng Ho
  • Muzium Senibina Malaysia
  • Muzium Kastam Melaka
  • Muzium Islam Melaka
  • Muzium Sastera
  • Straits Jewellery Museum
  • Mini Malaysia & Asean Cultural Park
  • Muzium Setem Melaka
  • Casa Baba Galendu
  • Muzium Penjara Banda Hilir
tempat menarik melaka
Kredit Foto : malacca.ws

Tempat Menarik Melaka Yang Wajib Anda Pergi !

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak tumpuan pelancongan yang serba unik yang hanya ada di Melaka.

Jangan tak tahu, sesetengah tempat menarik ini ada yang boleh masuk percuma.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat-tempat ini!

  • Melaka River Cruise di sepanjang Sungai Melaka
  • The Shore Sky Tower
  • Toy Museum Melaka (The Shore)
  • Menara Taming Sari
  • Melaka Tropical Fruit Farm
  • Encore Melaka
  • Rumah Terbalik Melaka / Upside Down House Melaka
  • Mamee Jonker House
  • Melaka Wonderpark (baru)
Melaka WonderPark
Melaka WonderPark
tempat menarik melaka
Kredit Foto : menaratamingsari.com

Pantai Menarik di Melaka

Melaka juga cukup terkenal dengan keindahan pantainya. Selain Pantai Klebang, terdapat banyak lagi pantai yang anda kunjungi.

Kebanyakannya juga menempatkan banyak chalet dan restoran buat pelancong nikmati percutian tepi pantai !

Antara pantai yang anda boleh pergi di sekitar Melaka ialah :

  • Pantai Tanjung Bidara
  • Pantai Puteri
  • Pantai Pengkalan Balak
  • Pantai Klebang
tempat menarik melaka
Kredit Foto : maisinggah.com

Tempat Menarik Melaka Untuk Peminat Sukan Ekstrim

Melaka juga menempatkan banyak pusat aktiviti lasak bagi yang gemarkan sukan ekstrim seperti :

  • Melaka Skytrex
  • Paraglading Bukit Chempias, Hilir Hutan Rekreasi Asahan
  • Air Terjun Asahan
  • Hutan Rekreasi Asahan
  • Taman Botanikal Melaka
tempat menarik melaka
Kredit Foto : tripadvisor.com

Taman Tema Air di Melaka

Anak-anak anda pasti rindu untuk mandi-manda taman tema air.

Memang sesuai untuk anda kunjungi ketika cuaca panas!

Antara taman tema air di sekitar Melaka yang boleh anda kunjungi ialah :

Asahan Water Theme Park

Tempat Menarik Melaka Buat Pencinta Haiwan

Bagi yang sukakan haiwan eksotik, Melaka juga menawarkan banyak spot pelancongan yang menjadi rumah kepada pelbagai spesis haiwan! 

  • Zoo Melaka (baru ada tambahan Dinosaur Encounter)
  • Taman Rama Rama
  • Taman Buaya
  • Taman Burung Melaka
  • Safari Wonderland A’Famosa Resort Melaka
  • The Shore Aquarium Melaka
Dinosaur Encounter (Zoo Melaka)
Safari A’Famosa Resort

Masjid Cantik di Sekitar Melaka

Seni bina masjid di Melaka juga cukup unik dengan asimilasi budaya cina pada senibinanya.

Ada juga yang sudah berusia ratusan tahun ! Semuanya cantik-cantik belaka, memang rugi kalau tak singgah bersolat !

Antara masjid cantik yang ada di Melaka ialah : 

  • Masjid Melaka
  • Masjid Selat
  • Masjid Kampung Hulu
  • Masjid Kampung Kling
  • Masjid Cina Negeri Melaka
tempat menarik melaka
Kredit Foto : itc.gov.my

Port Makan Best di Melaka

Percutian anda di Melaka memang tak sah kalau tak pekena makanan di restoran terkemuka di Melaka.

Kebanyakannya juga sudah dibuka untuk kunjungan pelanggan yang sudah lama merindui hidangan di Melaka ! 

Kedai Makan di Melaka Untuk Breakfast / Sarapan Pagi

  • Roti Canai Kayu Arang
  • 8272 Barakah Corner
  • Warung Hajah Robiah Limbongan
  • The Daily Fix Café
  • Perhentian Kuih Kampung
  • Roti Canai Kari Kambing Limbongan

Tempat Makan Tengahari di Melaka Yang Best

  • Asam Pedas Selera Kampung
  • Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil
  • Nasi Gunting Haji Awal
  • Calanthe Art Cafe, Jonker Walk
  • Restoran Dima Arabic Food
  • Mangga Road Beriani House
  • Perhentian Kuih Kampung
Perhentian Kuih Kampung

Baca juga: Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

Tempat Makan Petang Sedap di Melaka

  • Kuih Keria Antarabangsa
  • Mee Sup Tengkera
  • Coconut Shake Klebang
  • Coconut Shake Batu Berendam
  • Coconut Shake Alai
  • Durian Float Umbai (baru)
  • Mango Float Royale
  • Avocado Melaka
  • Cendol Kampung Hulu
  • Medan FoodTruck Pantai Klebang
  • Waronk Avenue (baru)
Durian float Umbai
Warong Avenue Melaka

Tempat Makan Malam Sedap & Menarik di Melaka

  • Waronk Avenue (baru)
  • Asam pedas Pasar Borong Batu Berendam
  • Char Kuey Teow Stesen Kandang
  • Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
  • Aida Rich Cafe
  • Berkat Roti John
  • Qasreena Kafe
  • Leque Cafe
  • Mee Besan Ori Melaka
  • Dapur Rita
  • Pak Putra Tandoori & Roti Naan
  • Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai
  • Medan Ikan Bakar Deli Muara Alai
Kredit Foto : maisinggah.com

 Dengan senarai lengkap ni, anda bolehlah rancang percutian ke Melaka dengan lebih mudah. Macam-macam aktiviti dan tempat menarik boleh dikunjungi.

Itu belum ditambah lagi dengan hidangan istimewa asli Melaka dari pagi sehingga ke malam.

Rancanglah percutian anda dengan baik dan patuhi SOP ketika bercuti, ya! 

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia Airlines (MAS) Tawar Tiket Serendah RM59 Dari 10-31 Oktober

Senarai Harga Tiket Promosi Penerbangan Malaysia Airlines Ke Ke Seluruh Malaysia