Jom Rancang Percutian! Ini Senarai Homestay Terbaik Langkawi 2021

Semenjak kerajaan mengumumkan bahawa Pulau Langkawi bakal dibuka bagi tujuan pelancongan tidak lama lagi, pasti antara kalian yang sudah mula merancang percutian kan?

Bagi yang merancang untuk bercuti bersama keluarga, penginapan homestay jauh lebih luas dan murah jika dibezakan dengan hotel kerana kemampuannya untuk menampung bilangan penginap yang lebih ramai selain lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri.

Di sini, kami menyenaraikan 10 homestay di Langkawi untuk memudahkan anda membuat perancangan percutian yang akan datang di pulau burung helang ini.

BACA JUGA: Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

BACA JUGA: Air Asia Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM24 Pergi Balik Ke Langkawi!

Eagleye Village Cottage 1

Eagleye Village Cottage - Main Image

Teringin menginap di dalam rumah cottage seperti di England? Tapi tidaklah sebiji seperti di negara sana ya. Rekaan dalaman cottage ini cukup hipster dengan batu-bata berwarna merah, perabot kayu yang dapat dilihat urat-uratnya, menginap di Eagleye Village Cottage 1 dapat memberikan anda pengalaman yang berbeza daripada yang lain. Warna-warna natural yang digunakan dalam dekorasi dalamannya juga agak sedap dipandang.

Bukan sahaja cantik di mata, keselesaan yang ditawarkannya juga cukup memuaskan hati, lengkap dengan katil yang empuk, sesetengah penginapannya juga dilengkapi dengan tempat duduk untuk anda bersantai sambil menggunakan akses wifi super pantas yang disediakan pihak penginapan.

Eagleye Village Cottage - Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan kawasan pantai untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Pada setiap malam Jumaat pula terdapat pasar malam yang menjual pelbagai juadah makanan. Dari RM170 untuk lokasi yang strategik, suasana yang tenang dan fasiliti yang hebat? Sukar dipercayai bukan?

  • Harga: Dari RM170+ Semalaman
  • Alamat: No 61 Kampung Padang Lalang Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, 07000 Tanjung Rhu

Villa Impiana

Villa Impiana Langkawi Homestay - Main Image

Kediaman dua tingkat, Villa Impiana, menawarkan 2 jenis penginapan iaitu bilik queen dan bilik king yang boleh menampung dari 2 ke 4 orang penginap. Dari bilik-bilik ini anda akan disajikan dengan pemandangan yang cukup memukau sama ada laut Andaman, taman atau kolam renang.

Setelah puas menikmati pemandangan dari ruang balkoni, anda boleh terjun ke kolam renang yang dibuka 24 jam untuk menyegarkan badan. Balik di bilik pula anda boleh berhibur dengan menggunakan akses wifi yang disediakan. Anda juga boleh menggunakan ruang dapur yang disediakan untuk menyediakan makanan sendiri.

Villa Impiana Langkawi Homestay - Room Image

Selain itu, di kawasan pantai yang terletak berdekatan dengan villa pula terdapat banyak pilihan kedai makan, gerai-gerai, Underwater World dan macam-macam lagi.

  • Harga: Dari RM440+ Semalaman
  • Alamat: Villa No. 6, Andaman Hill Villas, Jalan Bukit Malut, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Mawat Villa

Mawat Villa Langkawi - Main Image

Terletak di Kuah, Mawat Villa merupakan sebuah banglo yang dikelilingi oleh kehijauan sawah padi. Homestay 3 bilik ini menyediakan keselesaan untuk 5 orang penginap. Ruangan lain yang terdapat di dalam rumah ini adalah ruang dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak dan peti ais.

Mawat Villa Langkawi - Room Image

Buat anda yang ingin menginap lama di Langkawi untuk melihat segalanya sepuas hati, anda boleh menggunakan kemudahan mesin basuh yang disediakan. Lengkap segalanya seperti rumah sendiri.

  • Harga: Dari RM330+ Semalaman
  • Alamat: Kg Mawat, Makam Mahsuri, Mk. Ulu Melaka,Langkawi, 07000 Kuah

CampValley Fitness Getaway

CampValley Fitness Getaway - Main Image

CampValley Fitness Getaway menyediakan 3 jenis penginapan iaitu Holiday Home, Bilik Kabin dengan Patio dan Bilik Superior Queen.

Jika anda datang bersama keluarga, sudah semestinya Holiday Home menjadi pilihan. Homestay ini menyediakan sebuah bilik tidur dengan 1 katil double besar, di ruang tamunya pula terdapat sebuah katil sofa.

Yang menariknya, bagi anda yang tidak mampu hidup jauh dari dunia internet, kemudahan wifi berkelajuan tinggi Unifi tersedia untuk dinikmati di waktu-waktu senggang.

CampValley Fitness Getaway - Room Image

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh merancang untuk melakukan aktiviti barbeku kerana kemudahan ini turut disediakan pihak penginapan. Bukan itu sahaja, seperti namanya CampValley Fitness Getaway, pasti anda tertanya-tanya kenapa ‘fitness’ menjadi sebahagian daripada namanya, mesti ada sebab bukan?

Kalau anda nak tahu, penginapan ini turut menyediakan gym yang lengkap dengan pelbagai peralatan untuk berbadan sado. Pada setiap jam 5.30 petang pula, akan diadakan sesi Muay Thai. Menarik bukan?

  • Harga: Dari RM180+ Semalaman
  • Alamat: 2267, Kampung Teluk, Mukim Ulu Melaka, Kedah, 07000 Air Hangat

Padang Puteh Guest House

Padang Puteh Guest House - Main Image

Padang Puteh Guest House adalah sebuah rumah penginapan yang dihias dengan ringkas yang terletak tidak jauh dari pantai. Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh merancang untuk berbbq di halamannya yang luas sambil menikmati udara segar.

Sambil bersantai di sekitar rumah, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang berkelajuan tinggi yang disediakan pihak homestay.

Padang Puteh Guest House - Room Image

Mengenai lokasinya, Pantai Cenang dan Underwater World terletak dalam 600 meter dari homestay. Muzium Beras pula hanyalah 1.7 km dari sini.

  • Harga: Dari RM180+ Semalaman
  • Alamat: Jalan Pantai Tengah, Kg.Padang Puteh, 07000 Pantai Cenang

Pino’s Place

Pino's Place Homestay Langkawi - Main Image

Aura yang mendamaikan dapat anda rasai sekiranya menginap di Pino’s Place. Ia bukan sahaja indah dek kerana pemandangan yang disajikan dari rumah penginapan, tetapi juga disebabkan oleh lukisan-lukisan comel bertemakan kucing pada dindingnya.

Sambil berehat-rehat anda boleh melihat kecomelan lukisan kucing ini yang terdapat di merata pelusuk rumah. Kalau anda nak tahu, lukisan ini sebenarnya dihasilkan oleh anak-anak pemilik Pino’s Place ini sendiri.

Pino's Place Homestay Langkawi - Room Image

Bukan itu sahaja, homestay ini juga lengkap dengan segala fasiliti yang menambahkan keselesaan anda sehingga ke tahap 100% dengan kemudahan seperti water filter, microwave, mesin basuh dan sebagainya.

  • Harga: Dari RM500+ Semalaman
  • Alamat: Block 2, Sri Legenda Resort Condo Jalan Sri Legenda, 07000 Kuah

Fuuka Villa

Fuuka Villa - Main Image

Putih, suci dan bersih, inilah 3 perkataan yang cukup sesuai untuk menggambarkan Fuuka Villa. Villa berwarna natural ini sungguh indah dipandang mata. Bukan sahaja indah dari luar, tapi juga dalamannya yang menggunakan perabot-perabot cerah menjadikan suasana terasa sejuk.

Penginapan ini menyediakan dua buah villa yang selesa untuk 4 orang penginap dan juga penginapan jenis bilik untuk 2 orang. Sekiranya anda menginap di villa yang disediakan, anda dapat menikmati fasiliti seperti kemudahan memasak, water dispenser, dan sebagainya seperti di rumah sendiri.

Fuuka Villa - Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan pantai, restoran, dan banyak lagi kedai-kedai yang lain. Namun begitu, suasana di sekitar penginapan cukup tenang tanpa sebarang gangguan kerana terletak jauh dari jalan utama.

  • Harga: Dari RM250+ Semalaman
  • Alamat: Lot 13, Seksyen 14, Kg Tasik Anak, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang

Harmony Guesthouse Sdn Bhd

Harmony Guesthouse Sdn Bhd - Main Image

Menyajikan pemandangan air sungai yang mengalir tenang, Harmony Guesthouse Sdn Bhd dapat melegakan jiwa anda yang ingin lari dari kesibukan kota.

Suasana kampung yang sebenar dapat anda nikmati sepuasnya di rumah penginapan yang terletak di Kampung Padang Masirat ini. Penuh dengan kehijauan dan menenangkan.

Walaupun harga yang ditawarkan cukup murah, iaitu dari RM99, tahap kebersihannya sangat memuaskan hati. Kemudahannya juga cukup sempurna.

Harmony Guesthouse Sdn Bhd - Room Image

Lokasinya, cukup menarik untuk anda yang menaiki kapal terbang untuk pergi dan balik dari Pulau Langkawi kerana lokasinya yang terletak hanyalah 5 minit dari airport. Untuk menghilangkan kelaparan pula, gerai-gerai makanan banyak terletak berdekatan dengan homestay.

  • Harga: Dari RM99+ Semalaman
  • Alamat: No.75 Kg Bukit Kemboja Mukim Bohor, 07000 Kampung Padang Masirat

Malay Wooden Cottage

Malay Wooden Cottage - Main Image

Ingin kembali ke era 1960-an? Kehidupan dalam suasana klasik ini dapat anda nikmati di Malay Wooden Cottage. Menawarkan sebuah bilik tidur untuk 2 orang penginap, penginapan jenis chalet ini walaupun kelihatan sungguh antik, cukup selesa untuk diinapi kerana ia juga lengkap dengan kemudahan moden, penyaman udara yang menyegarkan.

Malay Wooden Cottage Langkawi - Room Image

Turut memiliki ruang anjung kecil untuk anda mengambil angin petang sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan kawasan sekitar sambil mendengar kicipan burung. Setelah itu, anda boleh berjalan kaki menuju ke kawasan pantai yang terletak sangat dekat dengan rumah kampung ini untuk berkelah.

  • Harga: Dari RM160+ Semalaman
  • Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Pasir Hitam
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: