7 Barang Ini Wajib Ada Ketika Travel

Apabila bercuti dan melancong, keselesaan merupakan salah satu faktor kita memilih sesuatu lokasi destinasi percutian dan penginapan kita. Sebagai contoh kebersihan tandas dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ini kerana kita tidak mahu hilang mood disebabkan oleh perkara-perkara yang remeh sebegini.

Namun kadang kala, apa yang kita rancang tidak semua menjadi. Jadi persediaan untuk menempuh kebarangkalian yang tidak diingini sangat penting untuk mengelakkan kesusahan dikemudian hari.

Kali ini kami nak kongsikan kepada barang anda boleh sediakan untuk dibawa bersama ketika travel demi keselesaan dan memudahkan anda ketika bercuti.

1 – Alas Mangkuk Tandas

Alas Mangkuk Tandas

Ketika bercuti baik di dalam atau di luar negara, penggunaan tandas memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dan jika di Malaysia, kebanyakan kemudahan tandas di stesen minyak atau di kedai makan disediakan 2 jenis tandas iaitu tandas duduk dan dan tandas cangkung. Namun perkara ini tidak berlaku di luar negara di mana kebanyakan tandas awam adalah tandas duduk.

Mungkin ada bernasib baik jika bercuti di negara yang mengamalkan kebersihan seperti Jepun. Namun kita tidak tahu siapa yang menggunakan tandas tersebut sebelum ini sama ada dia berpenyakit atau tidak dan sebagainya. Jadi penggunaan alas mangkuk tandas ini adalah solusinya.

2 – Portable Refillable 4 Dalam 1

Portable Refillable 4 Dalam 1

Apabila bercuti kebanyakan daripada kita akan membawa sabun dan syampu sendiri bukan? Belum lagi untuk kaum wanita pasti lebih daripada satu jenis lotion perlu ada bersama mereka. Namun agak menyusahkan untuk membawa banyak botol ke mana-mana.

Dengan menggunakan portable refillable 4 dalam 1 ini bakal menyelesaikan masalah anda. Dalam satu botol besar ini sudah tersedia 4 botol kecil di mana anda hanya perlu pilih dan pulas sahaja yang mana satu yang anda mahu guna dan hanya tinggal tekan.

3 – Hanger Boleh Lipat

Portable Hanger

Antara masalah bila bercuti adalah tiada atau kuantiti hanger yang ada sangat terhad untuk gantung. Penat sahaja gosok baju tapi tidak boleh digantung. Baju pula tiada tempat gantung untuk disidai. Nak bawa hanger sendiri terlalu padat pula beg.

Jadi hanger boleh lipat ini solusi untuk anda. Selain menjimatkan ruang, anda boleh bawa banyak hanger yang anda perlukan ketika bercuti. Mudahkan?

4 – Travel Storage Resealable Vacuum Bag

Travel Storage Resealable Vacuum Bag

Ada sesetengah orang suka menggulung baju untuk menjimatkan ruang bag. Namun sebenarnya dengan menggulung baju masih juga memakan ruang beg anda. Lebih-lebih lagi baju seperti jaket tebal dan seluar jeans.

Jadi jika anda jenis seorang yang suka bawa satu beg dengan baju pada dalam satu bag, anda boleh gunakan travel storage resealable vacuum bag ini. Selain daripada menjimatkan ruang bag, anda juga tidak perlu membayar kos luggage yang lebih.

5 – Portable Iron

Portable Iron

Apabila melancong pastinya anda mahu kelihatan cantik dengan pakaian yang anda bawa. Bagi lelaki mungkin mudah kerana kebanyakannya hanya pakai t-shirt. Namun, untuk perempuan terutamanya yang beragama Islam pasti perlukan iron.

Kadang kala ada sesetengah hotel dan tempat penginapan hanya menyediakan satu tempat untuk iron baju. Ada pula yang perlu berkongsi dengan bilik lain. Jadi jika anda rasa anda selalu guna iron untuk masa yang lama, kami sangat syorkan anda gunakan portable iron. Selepas ini tidak perlu lagi berkongsi.

6 – Portable Kettle Boleh Lipat

Portable Kettle Boleh Lipat

Yang ini pula sangat sesuai untuk yang berkeluarga terutamanya yang mempunyai anak kecil. Jika anda menginap di hotel selalunya tiada masalah tidak disediakan kettle ni. Namun ada juga sesetengah tempat penginapan tidak disediakan kettle ni.

Jadi dengan adanya kettle yang di bawa sendiri sangat memudahkan untuk ibu bapa membuat air panas atau susu panas untuk anak. Tak ada lah lagi anak merengek di malam hari disebabkan tak dapat susu panas.

7 – Universal Adapter Dan Multi Soket

Jika bercuti di luar negara, universal adapter sangat penting untuk di bawa, jika tidak anda tidak boleh menggunkan soket di tempat penginapan anda. Namun begitu walapun bercuti di dalam negara, universal adapter sangat pentig kerana sesetengah tempat penginapan menggunakan soket yang berbeza dengan standard yang digunakan di Malaysia.

Selain itu multi soket juga sangat perlu untuk memudahkan anda mengecas pelbagai gajet yang anda bawa. Tidaklah anda berebut dengan rakan atau terpaksa menunggu giliran untuk mengecas gajet anda.

Anda rasa barang-barang yang kami senaraikan ni berguna untuk anda? Apa lagi barang yang anda rasa perlu anda untuk memudakan harian anda apabila sedang bercuti? Jom kongsikan dengan kami.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: