‘Forest In The City’ Putrajaya, Hutan Pine Yang Cantik Untuk OOTD!

Jom beriadah di “Forest in the City” Putrajaya dengan pemandangan hutan Pine Tree yang OOTD-worthy.

Macam berada di luar negara!

Ramai yang puji tempat ni cantik dengan landscape design yang memang cun dan tema yang pelbagai. Semua tempat di sini OOTD-worthy, seperti barisan pokok pine, bunga-bungaan, padang yang luas menghijau dan pondok untuk beriadah.

Parking dah dibuka, dah tak perlu parking tepi jalan lagi.

Datang awal (7 pagi-7.45 pagi) untuk parking dan spot picnic ya!

Info Forest In The City (Taman Saujana Hijau)

Taman Saujana Hijau dikelilingi oleh tumbuhan gimnosperma seperti pain, juniperus, thuja dan banyak lagi. Gimnosperma tumbuhan ini juga dikenali oleh sesetengah saintis sebagai fosil hidup kerana ia telah wujud sejak zaman Devon (410-360 juta tahun dahulu) sebelum dinosaur.

Terdapat tumbuhan asli Queensland, Australia, Black Boy (Macrozamia moorei) yang mempunyai mahkota seperti pokok palma dan bar hitam seperti sarang lebah.

Terdapat 3 buah bustan (taman) berbeza dibina di setiap bahagian/bukit yang terletak di taman ini, Bustan English, Bustan Oriental dan Bustan Eroopah. Tiga bustan ini terdapat dalam setiap bustan iaitu reka bentuk Inggeris, China dan Eropah.

(Sumber: Perbadanan Putrajaya)

Waktu Lawatan

Dibuka setiap hari.

Dari pukul 7.00 pagi.

Tutup pukul 7.00 malam.

Aktiviti

Picnic, jogging dan briskwalking boleh dilakukan di sini secara percuma tanpa bayaran masuk.

Antara kemudahan yang disediakan:

  • Laluan jelajah
  • Wakaf di setiap bustan
  • Kawasan Pemandangan
  • Kawasan perkelahan
  • Trek jogging
  • Tempat Letak Kenderaan
  • Padang Sukaneka

Lokasi Taman Saujana Hojau (Forest In The City) Putrajaya

Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya

Google Map : https://www.google.com/maps/place/Taman+Saujana+Hijau/@2.9612403,101.6756394,15z/data=!4m2!3m1!1s0x0:0x8edab9e431df2742?sa=X&ved=2ahUKEwjF2JiMscL4AhV29zgGHVJUA3kQ_BJ6BAhaEAU

Kadar Sewaan

Orang awam boleh membuat sewaan bagi aktiviti khusus seperti berikut:

1. Sewaan tapak untuk program / acara:

  • Rekreasi
  • Treasure Hunt
  • Majlis perkahwinan
  • Masjlis keraian

2. Aktiviti rekreasi seperti:

  • Treasure Hunt
  • Berjoging
  • Berbasikal
  • Lawatan Jelajah
  • Aktiviti Pendidikan dan penyelidikan
LOKASIHARIKAPASITISEWAAN
(1 JAM)
SEWAAN
(6 JAM)
SEWAAN
(12 JAM)
SEWAAN
WAKTU MALAM
TAMAN SAUJANA
HIJAU (PADANG
UTAMA)
ISNIN-JUMAAT3000 PAX (MAKSIMA)RM 100.00RM 600.00RM1,200.00RM 130.00
SABTU & AHAD
/ CUTI AM
 / CUTI SEKOLAH
(ALA CARTE)
3000 PAX (MAKSIMA)RM 150.00RM 900.00RM1,800.00RM 195.00
SABTU & AHAD 
/ CUTI AM 
 / CUTI SEKOLAH
(PACKAGE)
3000 PAX (MAKSIMA)RM 1250.00RM 1250.00RM 1250.00RM 2080.00

Selamat beriadah!

Apapun, jangan lupa jaga kebersihan dan kekalkan pemandangan yang cantik untuk keharmonian bersama ok.

(Kredit gambar: Tourism Malaysia)

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: