Ketahui 84 Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Bersempena dengan pembukaan sempadan negeri dan negara, seluruh rakyat Malaysia kini boleh merentas negeri dan tidak lagi perlu menggunakan MyTravelPass untuk ke luar negara.

Dan melalui pemerhatian kami di laman Facebook, ramai orang telah mula membuat tempahan tiket untuk ke luar negara.

Namun sebelum ke luar negara, antara perkara yang perlu anda buat adalah memastikan anda telah pun melengkapkan dos vaksinasi anda dan telah pun mengkaji apa peraturan dan SOP negara pilihan anda pasca Covid-19 ini.

Gambar sekadar hiasan

Baca juga: Air Asia Tawar 30% Tiket Diskaun Untuk Ke Sarawak

Selain itu bagi yang beragama Islam pula, untuk ke luar negara pastikan anda mengetahui lokasi yang anda boleh dapatkan sumber makanan yang halal.

Di luar negara khususnya negara bukan Islam, kewujudan restoran halal itu sangat sedikit dan kebanyakannya tertumpu di tempat-tempat yang penuh dengan pelancong sahaja.

Ada sesetengah restoran mengambil kesempatan dengan menipu dan tidak jujur dengan menghidangkan makanan halal bercampur dengan makanan tidak halal serta menggunakan peralatan memasak yang sama.

Jika di pasaraya pula, ada sesetengah barangan halal dari jenama sama seperti di negara ini ada yang mempunyai logo halal ada yang tidak. Jadi ianya boleh mendatangkan kekeliruan.

Untuk mengelakkan kekeliruan ini kami ingin kongsikan kepada anda 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia yang disahkan oleh JAKIM.

Baca juga : Tempoh Kuarantin Selepas Pulang Dari Luar Negara Dikurangkan Dengan Syarat

Dengan adanya senarai logo halal yang diiktiraf JAKIM ini, anda tidak perlu lagi risau dengan status makanan dan produk yang dijual dipresmis ataupun pasaraya ketika di luar negara.

Anda boleh memuat turun dalam format .pdf senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020. Boleh muat turun di link ini.

Dengan adanya senarai ini pasti akan memudahkan anda mencari makanan halal apabila di luar negara nanti.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: