Panduan & Cara Solat Sunat Sebelum Subuh!
Solat sunat sebelum Subuh adalah solat yang dilakukan selepas azan Subuh iaitu sebelum mengerjakan solat fardhu Subuh.
Bagaimana cara untuk mengerjakan solat sunat sebelum Subuh?
Ini adalah Panduan Lengkap solat sunat sebelum subuh.
Niat Solat Sunat Sebelum Subuh
Bagaimana hendak lafaz niat solat sunat sebelum subuh?
Cara Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh
Mulakan dengan membaca niat:
Pelbagai lafaz niat boleh diucapkan sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu. Antara lafaz niat nya adalah:
Maksudnya:
“Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala”
… atau
Maksudnya:
“Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat Qabliyyah kerana Allah Taala“
… atau
Maksudnya:
“Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Rakaat pertama:
- Takbiratul ihram:
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat subuh dalam hati.
Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala
2. Membaca surah Al-Fatihah:
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Membaca surah Al-Kafirun:
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
4. Selesai membaca surah teruskan dengan rukun solat yang seterusnya iaitu:
- Rukuk
- I’tidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud semula kemudian bangun untuk rakaat kedua
Rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Fatihah (sama seperti rakaat pertama tadi)
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
2. Membaca surah Al-Ikhlas.
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
3. Selesai membaca surah teruskan dengan:
- Rukuk
- I’tidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud semula
- Duduk tahiyat akhir
4. Akhiri Solat Dengan Memberi Salam
Antara doa yang elok dibaca selepas solat sunat subuh adalah doa berikut:
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
(Riwayat Muslim).Dari Aisyah dari Nabi SAW sabdanya “Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadith Riwayat Muslim ) Dan pada suatu lafaz “Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”
Jadi anda digalakkan untuk mnegerjakan solat sunat sebelum Subuh ini kerana ia adalah solat sunat yang paling dituntut berbanding solat-solat sunat rawatib yang lain. Gajarannya adalah solat sunat yang terbaik dari seisi dunia.
Banyak kelebihan amalan solat sunat ini. Tonton video penuh tentang kelebihan dan fadhilat solat sunat fajar yang disampaikan oleh Ustaz Jafri Abu Bakar:
Sumber: akuislam , beanahomequran
Ingin lebih artikel menarik klik disini