RMR Perakku Prihatin: Mohon Rumah Pertama Serendah RM210 Sebulan

PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN : PROGRAM PERUMAHAN B40 DENGAN ANSURAN SERENDAH RM210 SEBULAN

Program pinjaman perumahan tanpa faedah dengan kerjasama di antara Yayasan Perak dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kini dibuka khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang program ini.

Apakah Program RMR Perakku Prihatin?

  • Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (Jika bukan pemilik)
  • Program ini merupakan kolaborasi Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki RUMAH PERTAMA.
  • Ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi serta reka bentuk rumah yang terkini.

Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  8. Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

SYARAT TAMBAHAN

  1. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan. 
  2. Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan. 
  3. SPNB/ Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa. 
rmr perakku prihatin

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (Jika Berkenaan)
  2. Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
  4. Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
  5. Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
  6. Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua*
  7. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang*
  8. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
  9. Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
  10. Borang Laporan Tapak Bergambar

Baca juga: Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB Serendah RM55K, RM300 Sebulan

Cara Permohonan RMR Perakku Prihatin

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web Yayasan Perak di http://yayasanperak.gov.my/

ATAU

Alamat
Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
NO.111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
(Rehat : 1.00 t/hari -2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang
(Rehat : 12.15 t/hari – 2.45 petang)
Sabtu & Ahad : Tutup

Telefon : 05-255 2929/253 7779

Emel: [email protected] / [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: