Malaysia Pecah Rekod Tertinggi Lagi Dengan 9,020 Kes Positif Harian (29 Mei)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,836 kes.

Ia diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).

Kes mula melonjak naik melebihi 6000 kes harian pada 19 Mei 2021, dan peningkatan mendadak dari hari ke hari hingga ke hari ini.

Kes covid hari ini

Pecahan kes baru direkodkan setiap negeri adalah seperti di bawah:

Sehingga 23 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,976 kes (512,091 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor – 2,836 (182,338)
  • Kelantan – 907 (26,481)
  • Negeri Sembilan – 898 (25,584)
  • WPKL – 789 (57,651)
  • Sarawak – 726 (46,162)
  • Johor – 468 (57,461)
  • Kedah – 468 (18,023)
  • Pulau Pinang – 345 (28,050)
  • Melaka – 340 (11,532)
  • Perak – 272 (20,167)
  • Sabah – 265 (61,847)
  • WP Labuan – 253 (3,423)
  • Pahang – 216 (9,119)
  • Terengganu – 189 (8,353)
  • WP Putrajaya – 29 (1,851)
  • Perlis – 19 (492)

Sementara itu, pengguna media sosial semakin merancakkan kempen ‘Self Lockdown’ seperti mana yang disarankan oleh KKM melalui sebuah hantaran di Facebook.

Kes covid hari ini

Tindakan kita untuk ‘self lockdown’.

  • Ke pasar atau grocery untuk beli barang keperluan seminggu sekali
  • Isi minyak kenderaan tangki penuh
  • Solat berjemaah 5 waktu di rumah bersama ahli keluarga
  • Optimakan pembelian secara dalam talian
  • Zero tetamu.

#StayHome

Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Ayuh, kita mampu putuskan rantaian ini!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: