in

PKP 2.0: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)

ADVERTISEMENT

MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH

Sebagaimana yang diumumkan oleh DS Ismail Sabri menerusi sidang media rasmi, beberapa negeri telah bertukar status daripada PKP kepada PKPB dan Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Justeru, atas penilaian risiko dan perbincangan pelbagai agensi, kerajaan setuju melanjutkan PKP 2.0 bermula pada 19 Februari hingga 4 Mac depan.

  • Negeri PKPB : Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah serta Putrajaya dan Labuan
  • Negeri PKP : Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang
  • Negeri PKPP : Perlis

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Baca juga: Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri

Muat Turun Permit Pergerakan PKP / PKPB PDRM

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia atau melalui pautan berikut:

NOTA: Anda juga boleh memuat turun borang tersebut melalui imej JPEG di bawah ini:

ADVERTISEMENT

i) Borang Rentas Daerah / Negeri PKP Oleh PDRM

borang kebenaran rentas daerah negeri pdrm

ii) Borang Rentas Daerah / Negeri PKPB Oleh PDRM

Baca juga: SOP PKP 2.0 Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP (Terkini 12 Januari 2021)

Cara Permohonan Permit Di Balai Polis

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

  1. Sila muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) melalui pautan di atas atau Media Sosial Rasmi PDRM
  2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan
  3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

*Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Untuk maklumat lanjut berkaitan Prosedur mendapatkan Permit Pergerakan PKP untuk tujuan Rentas Daerah dan Negeri sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini, sila rujuk soalan lazim di bawah:

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Permit Perintah Kawalan Pergerakan

permit pergerakan pkp
permit pergerakan pkp
permit pergerakan pkp
permit pergerakan pkp
permit pergerakan pkp

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sop pkp 19 feb 2021

SOP Kenduri Kahwin, Aqiqah & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKP / PKPB (19 Feb 2021)

perodua d55l

Cara Tempahan, Spesifikasi & Harga Perodua D55L Ativa (Dari RM62,500)