Tiada Lagi Pilihan Kurier Di Shopee Mulai 17 Jun 2021. Ini Yang Anda Perlu Tahu
Bagi anda yang biasa membeli-belah di platform online Shopee, mesti kebanyakan anda mempunyai kurier favourite masing-masing.
Ini kerana, bagi sesetengah tempat, kurier tersebut lebih dipercayai dan mungkin anda dah biasa berurusan dengan mereka sampai dah kenal pun dengan pihak penghantar kurier tu!
Tapi mulai 17 Jun ini, anda tidak lagi boleh memilih mana kurier yang ingin digunakan kerana pihak Shopee akan menetapkan kurier secara automatik melalui aplikasi tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Shopee berkenaan perubahan baru ini:
Shopee berkomitmen untuk terus meningkatkan platform dan perkhidmatan kami untuk memastikan keperluan pembeli dan penjual kami dipenuhi dengan secukupnya. Dengan ciri Jenis Perkhidmatan Standard yang baru, kami secara automatik akan memilih saluran penghantaran terbaik untuk menangani semua pesanan yang berkuatkuasa pada 17 Jun 2021.
Apa maksudnya ini untuk anda sebagai pembeli?
- Peningkatan prestasi dan perkhidmatan penghantaran untuk pesanan anda.
- Pesanan diberikan kepada penyedia penghantaran terbaik berdasarkan kapasiti penghantaran & prestasi penghantaran untuk memastikan pengurusan penghantaran yang berkesan dan efisien untuk pesanan anda.
- Dengan Shopee yang terkawal, ciri baru ini akan membantu mencegah kelewatan penghantaran kerana masalah beban yang dihadapi oleh penyedia penghantaran.
- Bayaran penghantaran dioptimumkan serendah RM2! (Baca lebih lanjut http://bit.ly/ShopeeShippingRates )
Nikmati Penghantaran Percuma * sehingga 5kg! (Baca lebih lanjut: http://bit.ly/ShippingFeeSubsidy)
*Sumber: Shopee Malaysia
Jadi bagaimana? Adakah anda lebih suka dengan sistem baharu ini atau lebih suka sistem yang lama?
Maklumlah, kalau terkena kurier yang suka peram barang tu, mungkin pembeli akan bagi rating yang rendah pada penjual sedangkan mereka pun tak tahu-menahu tentang proses pengeposan kan.
Tak mustahil sedikit sebanyak mungkin penjual akan terkena tempiasnya. Maka pembeli perlulah bertindak secara profesional.
Walaubagaimanapun, mungkin juga sistem ini dapat memberi keuntungan yang lebih buat pembeli dengan menawarkan harga yang lebih murah. Let’s wait and see…
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan kurier dan proses shipping yang baharu ini, sila rujuk pautan berikut:
http://bit.ly/ShopeeSupportedLogistics
Baca juga: Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia!