MyMinda: Ciri Terbaru Dalam MySejahtera Untuk Kesihatan Mental
MyMinda: Ciri Terbaru Dalam MySejahtera Untuk Kesihatan Mental | Kesedaran mengenai kesihatan mental adalah amat penting untuk kesejahteraan hidup.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi individu yang mengalami simptom kesihatan mental memilih untuk tidak mendapatkan rawatan daripada pakar di hospital atau klinik disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu rakyat Malaysia dalam isu ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkenalkan ciri baharu pada aplikasi MySejahtera yang dikenali sebagai MyMinda bagi membolehkan pengguna menilai status kesihatan mental mereka secara autonomi.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: MamaKerja, Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja – Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Apa itu MyMinda dalam MySejahtera?
MyMinda adalah satu inisiatif digital yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong kesihatan mental rakyat.
Ia terdiri daripada tiga submodul yang membantu individu dalam penilaian kesihatan mental, penjagaan kesihatan mental kendiri, dan akses kepada profesional kesihatan mental.
Melalui inisiatif ini, anda akan mempunyai akses kepada penilaian awal kesihatan mental, panduan penjagaan kesihatan mental diri, serta kemudahan untuk mencari dan berhubung dengan profesional kesihatan mental.
Ia juga akan merekod dan pemantauan perkembangan kesihatan mental anda serta menyediakan maklumat dalam pelbagai format termasuk teks, infografik, video, dan juga suara seperti podcast.
Orang ramai digalakkan menilai status kesihatan mental mereka dengan menjawab soalan yang disediakan dalam MyMinda.
Tambahan lagi, pihak MOH akan mengumpul statistik dan melakukan analisis kesihatan mental yang mendalam untuk orang awam melalui data pengguna MyMinda bagi membantu menangani isu kesihatan mental di negara ini.
>> Jom dapatkan buku Terapi Kesihatan Mental di sini
Cara Mengakses MyMinda
Anda boleh mengakses MyMinda dengan membuka aplikasi MySejahtera. Ia boleh diakses secara percuma sebagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
1. Login aplikasi Mysejahtera anda, dan klik “MyMinda”.
2. Klik “Screen Now” untuk membuat penilaian tahap kesihatan minda anda.
3. Anda juga boleh menonton video ringkas mengenai cara penjagaan diri yang tersedia.
Siapakah Yang Layak Menggunakan MyMinda?
MyMinda layak untuk individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mencari sokongan kesihatan mental.
BACA JUGA: Apps Misi – Pengenalan, Cara Daftar & Muat Turun
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai MyMinda, anda boleh layari pautan berikut: https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/ms/support/solutions/folders/51000400509