70% Sijil Vaksin MySejahtera Bermasalah Sebab Tak Buat Proses Verifikasi Ini

Ada yang masih tak dapat sijil vaksin MySejahtera atau masalah sijil digital anda tidak dikemaskini?

Tahukah anda, hampir 70% masalah rekod vaksinasi dan sijil vaksinasi digital tidak dikemaskini dan tidak dipaparkan ke dalam account MySejahtera adalah kerana proses verifikasi dan pengesahan untuk vaksinasi tidak dilakukan terlebih dahulu.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Twitter rasmi MySejahtera.

Ayuh, kami kongsikan cara melakukan proses verifikasi vaksinasi di MySejahtera langkah demi langkah.

Cara Melakukan Proses Verifikasi Vaksinasi Di MySejahtera

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan sijil MySejahtera anda yang lengkap dan dikemaskini:

  1. Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke laman utama MySejahtera (ikon Home / Rumah) seperti dalam gambar di bawah
  2. Tekan ikon Vaksinasi COVID-19
  3. Tekan Vaksin Untuk Anda / Tanggungan Anda.
  4. Pastikan maklumat anda adalah tepat.
  5. Tekan ikon Sahkan.
sijil vaksin digital

Pengguna perlu menjawab beberapa soalan di laman seterusnya.

Sila jawab semua soalan sehingga selesai.

sijil mysejahtera  tidak keluar

Jika laman vaksinasi didapati seperti berikut, sila sahkan temujanji terlebih dahulu.

Sila tekan pautan yang ditandakan dalam gambar di bawah untuk mengesahkan kehadiran temujanji vaksinasi anda.

sijil mysejahtera

Selepas proses memuatnaik rekod vaksinasi oleh pihak MySejahtera berjaya dilakukan, rekod vaksinasi dan dijil vaksinasi digital akan dikemaskini dan dipaparkan ke dalam aplikasi MySejahtera.

sijil mysejahtera

Pengguna perlu sentiasa semak laman vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera.

Sumber asal Twitter MySejahtera : https://t.co/EDMnosZM4f

Perlu Padam Akaun Tanggungan Sebelum Buka Akaun Persendirian Yang Baru

Manakala bagi mereka yang masih terikat sebagai tanggungan atau “Dependent” kepada akaun lain, akaun tanggungan tersebut perlu dipadam terlebih dahulu sebelum membuka akaun persendirian yang baru.

Sila ikut panduan melalui artikel Cara Padam / Pindah Maklumat Tanggungan MySejahtera Ke HP Sendiri

ATAU

Rujuk video yang disertakan di bawah ini :

https://twitter.com/my_sejahtera/status/1452866843287318533?t=aXBouSrnYAgmDmeflYTj4g&s=19

Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang masih mempunyai masalah kehilangan sijil vaksinasi digital dan rekod vaksinasi tidak dikemaskini di dalam MySejahtera walaupun sudah menerima 2 dos vaksin, anda boleh menyampaikan aduan melalui fungsi Helpdesk MySejahtera.

Sila ikuti video panduan ini

https://twitter.com/MyHEALTHKKM/status/1438047549638660098?t=xG0QhLGI8oP20sLKEpCBGQ&s=19

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: