Status MySejahtera Oren / Kes Suspek / PUS : Ini Maksudnya & Apa Perlu Buat
STATUS MYSEJAHTERA ANDA BERTUKAR OREN? INI TINDAKAN YANG PERLU ANDA BUAT
Status risiko di MySejahtera boleh berubah sekiranya kita dikesan mempunyau kontak rapat atau mengunjungi mana-mana premis atau lokasi yang berisiko / mempunyai jangkitan Covid19.
Berikut adalah maklumat tentang status kesihatan mengikut klasifikasi di MySejahtera:
# | Klasifikasi | Penerangan |
---|---|---|
1 | Low Risk | Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19. |
2 | Casual Contact (Kontak Kasual) | Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. |
3 | Close Contact (Kontak Rapat) | Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk: – Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, – bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, – menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19) – Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19 – Mengembara bersama pesakit COVID-19 – Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19 |
4 | Person Under Surveillance (PUS) | Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari. |
5 | Kes Suspek | Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom. |
6 | Confirmed Case (Kes Disahkan) | Individu yang telah diuji positif COVID-19. |
Status warna oren boleh jadi sama ada anda dikesan sebagai kes suspek atau PUS.
Kedua-dua kes ini tidak dibenarkan masuk ke premis dan anda perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah dalam tempoh 14 hari.
Rujuk maklumat lebih terperinci oleh KKM di bawah:
Status MySejahtera PUS (Oren / Kuning)
Status Person Under Surveillance (PUS) akan tertera di profil dan paparan Check-in setelah anda melaksanakan penilaian kesihatan di aplikasi MySejahtera dan merupakan individu yang mempunyai hubungan epidemiologi iaitu
- Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19
atau - Pengembara / tinggal di luar negara dalam masa 14 hari
atau - Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari.
Tindakan Yang Perlu Dilakukan
Jadi, apa yang perlu dilakukan jika kita dikesan sebagai status PUS ini?
Jika anda Individu dalam pengawasan dan pemerhatian / PUS, lakukan penilaian kesihatan secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera
- Pertama, klik ‘MySejahtera’
- Kedua, klik ‘Perlu Dilakukan’dan klik nama anda
- Ketiga, jawab soalan-soalan seperti yang dilampirkan setiap hari selama 14 hari
Sekiranya bergejala dan bertambah teruk semasa tempoh pengawasan, segera hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran anda.
Jika keputusan ujian pengesanan COVID-19 positif, status risiko akan bertukar kepada Kes Disahkan. PKD akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.
Status kuarantin selesai akan tertera setelah anda menyelesaikan kuarantin selama 14 hari. Status PUS akan bertukar ke risiko rendah jika tiada gejala selama 14 hari.
Baca juga: Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai. Ini Cara Tukar Ke Biru
Kes Suspek MySejahtera
Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom akan dikesan sebagai Kes Suspek.
Baca juga: Cara Print Sijil Vaksin MySejahtera PDF Untuk Perjalanan Tempatan & Luar Negara
Jika anda mempunyai status ini di MySejahtera, apa yang pelru dilakukan adalah:
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang tersenarai dalam pautan yang tertera dalam aplikasi.
- Status kesihatan anda akan dipantau melalui aplikasi MySejahtera selama 14 hari.
- Hubungi Hotline COVID ( 03-888 10 200 / 03-888 10 600 / 03-888 10 700) untuk sebarang pertanyaan / maklumat lanjut.
Sumber: KKM / MySejahtera
Bersama putuskan rantaian COVID-19.