in

SOP MITI Lockdown: Panduan Kemaskini Pendaftaran Pekerja CIMS

cims miti
ADVERTISEMENT

CIMS MITI: Berkuat kuasa 8 malam Ahad, 30 Mei, 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka

Syarikat pembuatan yang belum mendaftar dengan CIMS 3.0, boleh membuat pendaftaran bermula Isnin, 31 Mei 2021, pada 1 petang – MITI

Sekiranya syarikat anda tidak dikategorikan di bawah Senarai Negative List di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman sesawang www.mkn.gov.my syarikat anda boleh beroperasi dengan kapasiti pekerja seperti yang disebutkan di atas.

Apakah CIMS MITI?

Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.

ADVERTISEMENT

Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satusatu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan

Syarikat berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) menggunakan pautan https://notification.miti.gov.my.

Adakah Syarikat Dibenarkan Beroperasi Ketika PKP Mulai 1 Jun 2021?

Syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan serta rantaiannya yang disenaraikan di bawah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja.

SOP bagi sektor perkilangan di bawah tanggungjawab MITI boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

Kerajaan telah menetapkan kapasiti kehadiran pekerja sebanyak 60% bagi satu lokasi (onsite) dan 40% lagi perlu melaksanakan amalan Bekerja Dari Rumah (BDR).

SOP MITI Terkini (Berkuatkuasa 1 Jun 2021)

SEMUA surat kebenaran perjalanan untuk urusan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kementerian-kementerian yang berkaitan akan mengeluarkan surat kebenaran perjalanan baharu untuk sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021 ini.

Bagaimanapun katanya, bagi perjalanan merentas negeri dan daerah untuk tujuan kecemasan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh mengeluarkan surat kebenaran.

“Surat rentas negeri untuk urusan kerja tidak boleh lagi digunakan, ia akan tamat pada 31 Mei dan kementerian-kementerian akan keluarkan surat baharu berkaitan kerja.

“Tapi untuk kes-kes lain kita benarkan seperti kes kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya… perkara ini boleh dirujuk kepada PDRM,” katanya pada sidang media Ahad petang.

Ismail Sabri berkata, Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja pada Isnin.

Sila rujuk SOP MITI terkini yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021 di laman web miti.gov.my.

Syarikat di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu CIMS tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP Penuh

Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat.

Bagi syarikat-syarikat sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dan surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.

Sila rujuk panduan mendapatkan surat kebenaran MITI melalui artikel ini: CIMS MITI: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Panduan Kemaskini Pekerja Dalam Sistem CIMS MITI

Syarikat perlu mengemaskini sekiranya terdapat perubahan senarai pekerja.

Sila rujuk langkah berikut:

kemaskini miti
kemaskini miti

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan PKP Penuh bagi sektor Perkilangan Dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan rantaiannya boleh diajukan kepada:

Hotline: 03-6208 4949

Emel:

Rujuk SOP Penuh MITI (dikemaskini 24 Mei 2021): https://www.miti.gov.my/miti/resources/SOP_PKP_Sektor_Pembuatan,_Perkilangan_dan_Perkhidmatan_MITI_Kemaskini_24_Mei_2021.pdf

Bagi sektor selain sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya, sila rujuk kepada Kementerian dan Agensi yang berkaitan melalui e-book direktori ini https://bit.ly/2QzVH2T

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

senarai sektor yang dibenarkan miti

Senarai Sektor Yang Dibenarkan Oleh MITI Mulai 1 Jun (PKP Penuh)

smile mot

SMILE MoT: Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik