Bagi industri yang tersenarai dalam 5 sektor ekonomi perlu, anda perlu mendapatkan surat kebenaran dengan membuat permohonan beroperasi MITI dalam tempoh PKP 2.0 ini.
Dalam artikel ini kami kongsikan senarai industri yang dibenarkan beroperasi dan cara membuat permohonan beroperasi MITI dalam tempoh PKP 2.0 ini.
Senarai Ekonomi Perlu (Essential Service)
Keputusan Kerajaan membenarkan lima (5) sektor ekonomi perlu (essential economic sectors) termasuk pengilangan dan pembuatan untuk beroperasi adalah bagi menjamin proses pemulihan semula ekonomi negara, kemampanan perniagaan, mengelak kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan memastikan rakyat terus mendapat akses keperluan asas dan kritikal sepanjang tempoh PKP.
Sektor-sektor ekonomi dalam perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP adalah seperti yang diperincikan di Lampiran di bawah:



Baca juga: Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri
Permohonan Beroperasi MITI: Cara Daftar & Login CIMS 3.0
Jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempoh hari melalui sistem CIMS 2.0, surat tersebut tidak boleh digunakan lagi dan telah terbatal.
Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.
Jika anda belum pernah mendaftar, sila daftar melalui laman web MITI https://notification.miti.gov.my


Jika belum pernah berdaftar, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://www.miti.gov.my
- Klik CIMS 3.0
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan
- Klik DAFTAR
- Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0
- Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan.
- Anda akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut:
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Klik Daftar
- Setelah berjaya, anda akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah.

Rujuk video pendaftaran / permohonan beroperasi MITI dalam video di bawah: https://www.miti.gov.my/redir/pkp/cims.html
SOP MITI
- Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
- Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.
- Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.
- Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).
- Selaras dengan objektif untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.
- Manakala jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam production line akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
- Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.
Baca juga: PKP 2.0: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)
Maklumat Lanjut Tentang Permohonan Beroperasi MITI
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miti.gov.my/ atau hubungi 03-6208 4949.
Ajukan persoalan anda melalui Facebook MITI Malaysia di sini: https://www.facebook.com/MITIMalaysia
MITI juga telah menyediakan senarai soalan-soalan lazim (FAQ) untuk membantu pihak industri dalam mendapatkan maklumat terperinci dan tepat mengenai SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi membolehkan sektor-sektor pengilangan dan pembuatan untuk beroperasi dalam tempoh PKP.
Ya, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu yang disediakan MITI atau syarikat pengilangan dan pembuatan anda berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) di pautan www.notification.miti.gov.my.
Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Bagi kategori lain, hanya pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat pekerja. Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan bekerja dari rumah (BDR) akan berkuatkuasa.
Contohnya, sekiranya terdapat 10 orang atau kurang dalam kumpulan pengurusan dan penyeliaan, hanya tiga orang sahaja dibenarkan di pejabat pada satu-satu masa.Jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam barisan pengeluaran akan ditentukan oleh majikan dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
Pihak majikan wajib melaksanakan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan, termasuk tugas-tugas membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan. Bagi pekerja-pekerja sektor yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.
Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
Anda dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan hanya membawa pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa wajib membawa salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan pekerja melepasi sekatan jalan raya.
Syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan www.notification.miti.gov.my tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP.
Syarikat terbabit hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran mulai 12 Januari jam 3 petang.
Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan bawah seliaan MITI yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian melalui pautan www.notification.miti.gov.my mulai jam 3 petang 12 Januari 2021.
Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan terdahulu adalah terbatal.
Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.
SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan pada PKP 2.0 telah digariskan MITI dalam garis panduan.
Majikan disarankan merujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara (link) untuk senarai SOP yang ditetapkan kerajaan.
https://www.miti.gov.my/miti/resources/Prosedur_Operasi_Standard_Am_dan_Garis_Panduan_Am_Kebenaran_Beroperasi_serta_Pergerakan_Pekerja_bagi_Syarikat-Syarikat_dalam_Tempoh_Perintah_Kawalan_Pergerakan.pdf