Menteri Besar Negeri Sembilan – Biodata Datuk Seri Aminuddin bin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan –  Datuk Seri Aminuddin bin Harun  ~ Secara rasminya pelantikan baru telah dilakukan sebaik sahaja PRN Negeri baru-baru ini tamat. Beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dengan majoriti 2,662 undi.

Secara keseluruhannya, gabungan PH dan BN berjaya memperoleh kemenangan di 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk negeri Sembilan. 

Pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan - Biodata Datuk Seri Aminuddin bin Harun
Sumber gambar : Astro AWANI 

Datuk Seri Aminuddin bin Harun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan penggal baharu iaitu penggal kedua baginya. 

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

BACA JUGA: Menteri Besar Kelantan – Biodata Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud

Biodata Menteri Besar Negeri Sembilan

Maklumat Peribadi

  • Nama Penuh: Aminuddin Bin Harun 
  • Umur: 51 tahun

Kerjaya

  • 1996-2008: MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd (Eksekutif Kanan, Jawatankuasa Pengurusan, Ketua Jabatan Jualan, Juruaudit)
  • 1995-1996: Golden Hope Furniture Sdn Bhd (Eksekutif, Ketua Perancangan Pengeluaran)
  • 1991-1995: Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah (Pulau Pinang & Selangor)

Pendidikan

  • Diploma Pengajian Perniagaan ITM

Penglibatan Politik

  • UMNO: Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998)
  • PKR: Ketua Penerangan Pemuda Keadilan (1999-2000), Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat (2008-kini), Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan (2014-kini)
Menteri Besar Negeri Sembilan - Biodata Datuk Seri Aminuddin bin Harun

Ringkasan Latar belakang

Datuk Seri Aminuddin bin Harun adalah merupakan anan kelahiran Negeri Sembilan. Beliau telah dilahirkan pada 2 Jan 1967. Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak, iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.

Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Kemudian, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai eksekutif dan ketua pengurusan pengeluaran. 

Seterusnya, beliau meneruskan kerjaya beliau di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior, ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.

Kerjaya Politik

Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).

Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak tahun 2008.

Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018.

Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menteri Besar Negeri Sembilan - Biodata Datuk Seri Aminuddin bin Harun

BACA JUGA: Program Jualan Rahmah 2023: Senarai Lokasi Terkini Setiap Negeri

Barisan Exco Negeri Sembilan

NOTA: Senarai EXCO terbaru Negeri Sembilan akan dikemaskini apabila pelantikannya dimuktamadkan kelak. 

Kesimpulan

Akhir kata, semoga semua yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi membantu kemajuan Negeri Sembilan khususnya. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: