Cara Mohon Cabutan Sijil Kelahiran Secara Online, Ibu Bapa Perlu Tahu
INI CARA MOHON CABUTAN SIJIL KELAHIRAN SECARA ONLINE, IBU BAPA PERLU TAHU
Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran kini boleh dibuat secara atas talian, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan JPN.
Hal Ini telah dimaklumkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, melalui laman sosial rasmi mereka.
Berikut dikongsikan cara membuat cabutan sijil kelahiran online.
Syarat Permohonan
Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport.
- Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri)
- Suami atau isteri yang sah.
- Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri).
- Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat atau adik-beradik tiri).
- Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
- Firma Guaman (bagi waris kategori 1-6).
- Badan Berkanun.
- Agensi Kerajaan.
Cara Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran Online JPN
Bagi yang ingin membuat Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran, sila rujuk langkah permohonan yang ditetapkan JPN di bawah:
1. Layari https://oslhr.jpn.gov.my/indexi.php. Pengguna hendaklah membaca semua terma dan syarat yang telah disenaraikan.
2. Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang SETUJU untuk meneruskan permohonan.
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris.
4. Waris terdiri daripada:
- Ibu Bapa,
- Adik-beradik atau
- Pasangan
5. Jika pengguna memilih kategori sebagai “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan tersebut.
Baca juga: Barang Rosak / Hilang? Ini Cara Buat Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)
Baca juga: MyPUSPAKOM: Permohonan Temujanji PUSPAKOM Online
6. Manakala jika pengguna memilih kategori permohonan sebagai “Waris”, borang permohonan seperti berikut akan dipaparkan.
7. Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
8. Pengguna boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
9. Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.
10. Sila klik butang “OK” untuk kembali ke halaman Terma dan Syarat untuk log keluar.
Bayaran
Cabutan Daftar Kelahiran – Fi Permohonan
RM 5.00
Keputusan Carian Daftar Kelahiran – Fi Permohonan
RM 10.00
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, ikuti Manual Pengguna SISTEM CABUTAN/SALINAN SIJIL KELAHIRAN YANG DIPERAKUI DALAM TALIAN.
- Emel: [email protected]
- Facebook: Jabatan Pendaftaran Negara
- 03-8000 8000
- http://www.jpn.gov.my/
Sumber: JPN